Tauriah (Helah)..Benarkah dibenarkan dalam Islam?

Sunday, January 20, 2013

Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji-pujian hanyalah layak bagiNya...Tiada tuhan yang disembah melainkan Dia dan Muhammad S.A.W. itu utusanNya..Selawat serta salam ke atas baginda S.A.W.,moga-moga kita tergolong dalam kalangan yang akan mendapat syafaat baginda S.A.W. di akhirat kelak.~Sollu 'Alan Nabi! (Berselawatlah ke atas Nabi!)~

Pastinya ramai yang mengingati kisah hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah Al- Munawwarah tapi tahukah anda bagaimana kisah di sebalik kisah tersebut. Ya, sudah pasti tulisan saya pada hari ini berkait rapat dengan tajuk di atas. Tahukah anda apakah kisah di sebalik hijrah Rasulullah S.A.W. dan perkaitannya dengan tajuk di atas?

TAK TAHU???! 

JOM AMBIL TAHU! 

Dalam hijrah Rasulullah S.A.W., beberapa perkara menarik yang kita temukan:

  1. Keberanian Saidina Ali Bin Abi Talib Karamallahu Wajhah yang sanggup mengambil risiko biarpun nyawanya mungkin terkorban dalam usia yang masih belasan tahun. Apabila kita belajar dan mendengar kisah ini, sejujurnya saya yakin ramai yang tidak ambil kisah dan menganggap perkara ini biasa sahaja. 

Namun, pernahkah kita terfikir andai kita yang berada dalam situasi berkenaan + keazaman pemuda-pemuda daripada pelbagai qabilah yang kental dan berkobar-kobar untuk membunuh baginda S.A.W.?

Boleh saja terjadi mereka menikam terus jasad yang berada di atas katil sewaktu itu tanpa membuka selimut. Adakah Saidina Ali Karamallahu Wajhah tidak mengerti hal ini? Tidak, bahkan dialah pintu segala ilmu, seorang yang cukup bijak dalam usia yang masih muda namun, disebabkan keimanannya dan keberaniannya, dia sanggup berbaring di atas katil tersebut bagi menggantikan Rasulullah S.A.W.

ADAKAH KITA SANGGUP MEMPERTAHANKAN BAGINDA SEBAGAIMANA SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH SANGGUP MEMPERTARUHKAN NYAWANYA SENDIRI? 

ADAKAH GOLONGAN PEMUDA HARI INI TERMASUKLAH DIRI SAYA SENDIRI SANGGUP MATI DALAM USIA MUDA MEMPERTAHANKAN BAGINDA S.A.W. DAN AGAMA ISLAM INI? 

TAK PERLU DIJAWAB SECARA LISAN, BUKTIKAN MELALUI AMALAN! 

2. Kisah yang bakal saya coretkan di bawah inilah sebenarnya kisah utama yang mempunyai perkaitan dengan tajuk kita di atas. Kisah yang diceritakan oleh Syeikh saya, Syeikhul Azhar; Syeikh Hasan yang mengajar subjek Bahasa Arab bagi kelas saya di Darul Quran. Khamis yang lepas, Syeikh memulakan pengajarannya dengan menceritakan kisah ini. Ketika itu, Syeikh ingin mengajar balaghah bertajuk Tauriah(Helah). Moga-moga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran. InsyaAllah.

                               Ketika Rasulullah S.A.W. dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. masih dalam hijrah, Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. berjalan mengiringi Rasulullah S.A.W. dengan penuh berhati-hati. Seketika Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. berjalan di hadapan Rasulullah S.A.W., seketika di belakang baginda S.A.W, seketika di kanan baginda S.A.W. dan seketika di kiri baginda S.A.W. Beginilah yang dilakukan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sepanjang hijrah ke Madinah. Rasulullah S.A.W. pun bertanya pada Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.,

“Wahai Abu Bakar, apakah yang kamu lakukan?”

Lalu dijawab pertanyaan Rasulullah S.A.W. dengan penuh ketenangan dan keyakinan,

“Ya Rasulallah, sesungguhnya seandainya panah-panah, tombak-tombak ataupun lembing-lembing dilontarkan kepadamu, maka biarlah badanku ini yang menyambutnya. Engkau tidak boleh dilukai mahupun mati Ya Rasulallah kerana engkau ialah cahaya, Engkau ialah Islam. Andai Engkau tiada, kepada siapa lagi harus umat ini berpaut? Sedangkan aku ini insan biasa, andai aku mati, Islam masih boleh terus tersebar.”

ALLAHU AKBAR!

Benarlah sabda baginda bahawa andai dihitung iman Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. dengan seluruh umat manusia, nescaya iman Saidina Abu Bakar As-Siddiq jauh lebih berat. ALLAH! Peristiwa ini jugalah menadi salah satu sebab Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. digelar As-Siddiq (Yang Benar) yang membuktikan kebenaran imannya kepada Allah S.W.T. dan RasulNya.

ADAKAH IMAN KITA SEKENTAL ITU?! 

Baiklah, kita sambung cerita…
Agak-agaknya, beginilah padang pasir yang luas terbentang..Wallahu A'lam..

                      Lalu, diteruskanlah hijrah ke madinah di padang pasir yang luas terbentang. Tiba-tiba, mereka bertemu pemuda Quraisy di pertengahan perjalanan. Bertanyalah pemuda Quraisy tersebut,

“Wahai Abu Bakar! Siapakah gerangan lelaki di sisimu?!” 

Lalu, Saidina Abu Bakar As-Siddiq pun menjawab, 

“Huwa Hudayya. (Dia ialah penunjukku)” 

Maka, berlalulah gerangan pemuda tersebut meninggalkan mereka. Rasulullah S.A.W. pun membacakan sepotong ayat Al-Quran daripada Surah At-Taubah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. 
(Surah At-Taubah 9 : 119)


“Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya engkau telah berdusta! Seandainya engkau tidak bertaubat, nescaya Allah S.W.T. pasti akan mencampakkanmu ke dalam neraka!” 


Saat mendengar ucapan baginda S.A.W., maka berlinanganlah air mata Saidina Abu Bakar As-Siddiq teresak-esak sehingga basah janggutnya yang lebat. Betapa kuatnya tangisan Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. saat  melakukan kesilapan.

Adakah kita juga begitu?!

APAKAH YANG ANDA SEMUA FAHAM BERDASARKAN KISAH INI? 

BAIKLAH, BAGI MEMUDAHKAN KEFAHAMAN SEMUA, AKAN SAYA SIMPULKAN BEBERAPA PERKARA BERDASARKAN KISAH INI MENURUT SYEIKH KAMI.

1. Mesti semua pelik kan? Bagaimana pemuda Quraisy tersebut tidak mengenali Rasulullah S.A.W.? Dikhabarkan kepada kami bahawa Syeikh memberitahu tidak ramai yang mengenali Rasulullah S.A.W. biarpun baginda digelar Al-Amin (Jujur) semasa zaman jahiliah.
100 Ekor Unta. Itulah ganjaran yang dijanjikan bagi pemuda-pemuda sekitar Mekah yang mampu membunuh baginda S.A.W.
2. Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. tidak mengatakan “Dia ialah Rasulullah S.A.W.” kerana pemuda tersebut sedang mencari Rasulullah S.A.W. untuk membunuh baginda S.A.W. bagi mendapatkan ganjaran yang dijanjikan berupa 100 ekor unta.

3. Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. sebenarnya tidak menipu semasa mengatakan, “Dia ialah penunjukku” kerana Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. bermaksud Rasulullah S.A.W. ialah penunjuk baginya daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam tapi secara amnya, pemuda Quraisy tersebut memahami bahawa Rasulullah S.A.W. ialah penunjuk jalan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

4. Daripada kisah ini dapat disimpulkan bahawa Islam tidak menggalakkan tauriah (helah) biarpun dalam keadaan terdesak kerana Islam hanya mengajarkan kebenaran yang mutlak dan hakiki namun dalam zaman sekarang, perlu lihat juga kepada awlawiyatnya, adakah dengan berhelah membawa lebih banyak mafsadah(keburukan) ataupun maslahah(kebaikan)? Pelajarilah Fiqh Awlawiyat(Feqah Keutamaan) dan Fiqh Muwazzonat(Feqah Pertimbangan).

Wallahu A’lam. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T., yang buruk itu hasil kekhilafan dan kelemahan diri ini. Sebarkan andai bermanfaat, tegurlah andai tersilap. Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Exam fever...fever ke?

Wednesday, January 9, 2013



Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar
musim exam kan sekarang
semua orang telah dihinggapi penyakit serius iaitu exam fever
yang dah cuti tu tahniahlah...semoga dimanfaatkan ye?
yang belum,akan dan sentiasa exam
saya nak berkongsi sesuatu
beriman dengan ALLAH bukan beriman dengan USAHA
tapi seiring yea?
kadang-kadang lama betul kita melekat kat kerusi meja tu dengan buku depan mata tanpa sedar exam juga adalah ujian yang mana nak tengok kita ingat tak Allah dalam keadaan bawah tekanan ni.( under pressure).....doa banyak-banyak ye....kan Allah dah janji


an-Naml :62
Bukankah Dia ( Allah ) yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya,dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi/Apakah di samping Allah ada tuhan lain?Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.


Dikisahkan pada zaman dulu,ada seorang lelaki yang menunggang seekor keldai,tiba-tiba ada orang tahan kat tepi jalan nak minta tumpang....maka diminta oleh penumpang tadi untuk turun di satu kawasan sunyi...rupa-rupanya dia seorang perompak....maka nak dirompak lelaki itu dan ingin membunuhnya.maka lelaki itu merayu-rayu agar dilepaskan tapi tidak dipedulikan oleh sang " perampok "itu.Lalu lelaki itu minta izin untuk solat 2 rakaat sebelum dibunuh.Dalam solatnya.dia berasa amat takut,lalu setiap rukun solatnya diiringi ayat al-quran di atas...tiba-tiba kedengaran bunyi petir dan guruh.seusai solat dilihat perompak tadi telah dipenggal kepalanya oleh seorang pemuda berbadan sasa.ditanya kepada pemuda tersebut siapa gerangannya,lalu pemuda tersebut menjawab, "Aku adala tentera yang diutuskan Allah untuk memberi pertolongan kepadamu."Maka selamatlah lelaki tersebut.
Nak diceritakan yang disaat kita terdesak,tatkala tiada siapa mampu tolong kita, hanya Allah sahaja tempat bergantung.Maka jangan pernah rasa diri tu keseorangan


" Hanya Engkau kami sembah,dan hanya Engkau kami minta pertolongan"

eh,macam hari-hari baca je?
saja nak ingatkan diri sendiri juga...
semoga bermanfaat

JOM FASTABIQUL KHAIRAT