tatkala kebosanan menggamit jiwa

Tuesday, March 29, 2011
 Sedang aku kebosanan meng'usha' gambar-gambar lama di computer, "terserempak" plak kat gmbr nih.
Tahu tak kenapa aku post gambar nih? Mesti dalam hati jiwa nurani yang murni korg tu korg ckp "tak tahu".
Korang nak tahu x? Mesti dlm hati insan insani korg ckp "xnak tahu". Kesah apa aku? muahaha. >:D
Berikut adalah antara sebab-sebabnya:
  • semua orang dalam gambar ini gembira belaka tak ingat dunia
  • kelihatan orang-orang yang kita tak sangka akan lompat (azmeeraimanfarisdll), melompat
  • sebab muka abu dzar yang lawak! :))..sorry abu..but mmg xleh bla ah. haha
ok. itu saje..jangan risau, lepas nih akan ada lagi bende2 merapu ini. ok la drpd xde apa-apa kan? :)

last..tekateki.
cermin apa yang kalau kita pecahkan, orang akan kluar?
jeng jeng jeng





jwpnnye..cermin JIRAN. yelah, bila kita pecahkan, mesti lah dia kluar. haha
*bg golongan yang x puas hati, ckp kalau jiran xde rumah la..cermin kereta la...OK la..aku trima gak ah jawapan korg..bolehla..

ok, Assalamualaikum :)

bas sekolah

Saturday, March 26, 2011
nampaknya ini post yang ketiga dalam blog ini dan yang pertama daripada admin yang berbeza.hohoho.

sekadar mahu berkongsi alkisah pada 23/3/2011. ya, memang ini tarikh kita semua ambil keputusan spm tapi bukanlah cerita berkenaan mengambil keputusan yang ingin saya kisahkan.

kita semua tahu bahawa tumpang menumpang kenderaan sangat lah biasa bagi ahli sepintar. hendak dijadikan cerita, pada waktu ibu saya memandu keluar daripada tanah sepintar, kami ternampak sekumpulan budak lelaki ex-sepintar sedang menunggu bas di stesen bas yang baru sahaja siap beberapa bulan yang lepas itu. selepas berkira-kira kami pun memilih untuk menawarkan mereka untuk menumpang MPV milik ibu saya itu.

walaupun pada mulanya para jejaka tersebut menolak, setelah pintu dibuka dan laila berganjak untuk duduk satu tempat duduk dengan jasmine, maka mereka pun masuk jualah. jadi beginilah keadaan di dalam kereta itu.


dua......jejaki yang sanggup mengalah :D


azmeer yang duduk di atas riba U *bila ditanya ok ke tak, azmeer jawab "empuk" :))

duduk di belakang ialah aman, acan dan aiman. oh, tidak lupa ilya yang diriba oleh........aiman atau acan :P

maka beginilah keadaannya sehingga KL SENTRAL. saya yang duduk di hadapan menarik tempat duduk ke tempat paling hadapan untuk memberi ruang kepada azmeer. jadi berbekalkan tempat yang serba sempit, penghawa dingin yang seakan-akan tidak dapat dirasa walaupun dipasang pada kipas paling kuat dan suhu paling dingin dan kereta yang mempunyai inertia yang sangat besar, kami akhirnya selamat sampai tempat yang dituju.

apabila tiba di KL Sentral, ibu saya meletakkan mereka di hadapan 3 orang polis yang kelihatan tercengang apabila 8 orang keluar daripada kereta seperti iklan MILO FUZE itu. :))

*ok,ok. orang yang akan post lepas ni tak payah lah baku-baku eh? aku saje je nak test :P

Darul Quran

Friday, March 25, 2011
Seramai 4 orang pelajar sepintar sedang menuntut di institut Darul Quran bagi program persijilan tahfiz Darul Quran-UIAM sesi 2011/2012.Tempoh pengajian yang akan ditempuhi ialah selama 1 tahun setengah (3 semester,bermula 27 Disember 2010 - bulan 5 2012)

Pelajar-pelajar yang dimaksudkan ialah:
1-Ahmad Noor Fikri Bin Zaniol
2-Amirul Azmeer Bin Asmadi
3-Nukman Fareed Bin Najib
4-Wan Abdul Hakim Bin Wan Ibrahim

Perkara utama yang ditumpukan adalah kepada membentuk teknokrat huffaz.Dalam program ini,pelajar2 persijilan dikehendaki menghafal 10 juzuk(sem 1),12 juzuk(sem 2)&8 juzuk(sem 3) dalam tempoh 1 1/2 tahun.

Antara pelajaran2 sampingan yang dipelajari di sana:
-Tajwid
-English
-Understanding Islam

Muqadimah!!

Alhamdulillah,spm baru sahaja tamat & seramai 34 orang calon telah berjaya mendapat keputusan cemerlang straight A daripada 152 calon dengan peratus 22.37% & gred purata GPK 1.3408..

-24 orang 11A(15.79%),4 orang 10A(2.63%) & 6 orang 9A(3.95%)

Syabas diucapkan!!