Coretan Kasih Seorang Teman

Sunday, June 19, 2011


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kumulakan bicaraku dengan salam ke atas semua yang membaca,Assalamualaikum W.M.T.
Selawat & salam ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W.,para anbiya' & rasul,seterusnya ahli keluarga mereka.

Aku rasa sebagai seorang sahabat,aku tidak patut mendiamkan diri lebih lama.Saban hari kupendamkan,saban hari kurasakan dosa itu makin menggunung.Aku harus berani bersuara.Sama ada aku bersuara sekarang,atau aku akan menyesal di akhirat kelak.

Dalam hati ini,begitu lama terpendam perasaan sedih,pilu,sayu.Aku sedar dan cukup sedar,semakin kuat agama Islam ini kujunjung,semakin ramai cuba menjauhkan diri daripadaku.Namun,bukan itu yg kubimbangkan.Biarlah diri ini disingkirkan asalkan Allah sentiasa di sisiku.Kepada yang masih mengekalkan imej agama,masih menjulang panji kebitaraan ummah,janganlah bersedih,teruskan perjuanganmu!Sesungguhnya kita tidak bersendirian,Allah bersama-sama kita.

Aku tahu bukan mudah untuk berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar di dunia realiti ini terutamanya dalam keadaan sekarang yang mana sekularisme semakin tenat membarahi negara ini bahkan dunia ini.Kadangkala kita berasa lemah,terasing, untuk terus menjulang Islam itu tapi ingatlah sahabatku,sesungguhnya Allah telah berfirman dalam lembaran cintaNya,
"Dan janganlah kamu berasa hina(lemah) dan jangan pula kamu berasa sedih.Sesungguhnya kamulah orang yang benar2 tinggi(darjatnya di sisi Allah) jika benar kamu orang yang beriman."                                                                                                    (Surah Ali Imran 3:139)

View Full Size ImageGo to fullsize image
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang.
Sebuah institusi pendidikan yang cukup menekankan biah ataupun suasana solehah.Visinya penjana muslim bestari,namun hakikatnya,seolah-olah ia sebuah institusi melahirkan para aktor dan aktres.Di sekolah cukup kuat dengan usrah,imej Islam,di luar,segalanya terbang melayang,entah ke mana agaknya Islam itu membawa diri?

Pelik,hairan.Itu yang kurasakan.5 tahun,sesetengahnya 2 tahun ditarbiyah,namun hati cukup keras menerima.Panggillah mana2 ulama' sekalipun,panggillah mana2 professor sekalipun,kalau diri tidak mahu berubah,apa mungkin seseorang itu akan berubah?
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka."                                                            (Surah Ar-Ra'du Ayat 11)

Mengapa dan mengapa kita melaksanakan sebahagian perintah dan meninggalkan sebahagian perintah?Apakah Al-Quran yang kita imani ini tidak mengandungi firman Allah,
"Wahai org2 yg beriman!Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan.Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu."                                                                                                                    (Al-Baqarah 2:208)
Sahabat-sahabatku yang kukasihi,yang kusayangi,yang kucintai,

 Tidak malukah kita tatkala setiap kali bernafas di atas muka bumi ini tapi masih mengingkari hukumNya?Masih sahaja keras hatinya.Sedangkan batu terhakis kerana titisan air,mengapa hati yang lembut pada fitrahnya menjadi keras menolak hukum2 Allah?Tidak malukah kita menjadi khalifah di atas muka bumi ini tapi tidak dapat melaksanakan Islam itu secara keseluruhannya.Allah bersungguh-sungguh menegaskan utk menjadikan manusia sebagai khalifah walaupun dibantah oleh malaikat pada awalnya.Hal ini terakam dalam Surah Al-Baqarah,
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".                                                            (Al-Baqarah 2:30)
Kita patut berasa malu dengan rakyat di bumi ini.Alam semulajadi,gunung-ganang,bukit-bukau,tumbuh-tumbuhan,haiwan di daratan mahupun di lautan sentiasa patuh kepada hukum Allahk.Namun,ketaatan mereka tidak dapat menjadi sebab untuk kita mentaati Allah dengan sebenar-benar ketaatan.Alangkah celakanya kita sebagai pemimpin tapi gagal melaksanakan ketaatan kepada Allah.
Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

Wahai sahabat-sahabatku yang aku kasihi,lagi kusayangi,lagi kucintai,

Hentikanlah couple,sesungguhnya ia satu jalan yang membawa diri ke arah melupakan Allah.Kalau kalian berasa ia tidak salah di sisi agama,maka datangkanlah padaku suatu kisah dari sirah nabawiyyah,mahupun para sahabat,tabiin,tabi' tabiin mahupun ulama' yang bercinta sebelum pernikahan.Nescaya,tidak akan kamu temui.Kalau kalian masih berasa benar,moga-moga Allah membukakan hatimu.

Wahai Puteri-puteri Serikandi Ummah yang Mulia,

Sesungguhnya Allah telah mengangkat darjatmu.Janganlah Engkau rendahkannya dengan melanggar batas-batasNya.
Peliharalah auratmu,labuhkanlah tudungmu,longgarkanlah pakaianmu,awasilah pergaulanmu,nescaya Allah pasti merahmatimu.
Wanita yang solehah sebaik-baik hiasan dunia,menyejukkan mata memandang,menjadi tulang belakang perjuangan ummah ini.
Demi Allah yang nyawaku dalam genggamannya,tidak pernah aku memusuhimu wahai kaum Hawa.Andai ada yang menghulur tali ukhuwwah,pasti akan kujalinkan.Andai ada yang bertanya,pasti akan kucuba berikan jawapan.Andai ada yang meminta,pasti akan kucuba tunaikan.Tidak pernah sekali-kali aku memusuhimu.Lantaran kerana kasih dan cintaku pada insan bergelar wanita,berkali-kali kutekankan hal ini.Aku tidak mahu kamu menikmati dunia manakala sengsara di akhirat.Apa yang ku harapkan,kau bahagia di dunia,bahagia jua engkau di akhirat.
Go to fullsize image
Wahai sahabat-sahabatku,

Tidaklah kumenulis untuk meraih populariti,bukan pula meraih simpati,cuma untuk memperingati.Tidaklah kutujukan semata-mata pada kalian sahaja malahan buat diriku jua.Apa yang kuharapkan,ukhuwwah kita berpanjangan,terjalin sehingga ke syurga.

Yang baik itu datangnya daripada Allah,yang buruk itu hakikatnya daripada Allah jua,namun ia disebabkan kelemahan diri ini.Waastaghfirullahal azimi walakum.Wassalamualaikum W.M.T.

Moga kita sentiasa dalam naunganNya.

Coretan kasih seorang teman yang mengasihi,menyayangi dan jua mencintai,
pencinta_syahid@yahoo.com

4 comments:

  1. . said...:

    agak terasa ah bila kau ckp aktor tu. haha. pedih baik punya :P
    trasa mcm bnar.
    thx sudi post. smoga kita smua terus menerus diberkati,dipelihara dan dirahmati. :)

  1. Shukran lillah..Demi Allah,saat aku menulis artikel ini,air mata aku menitis...Jangan engkau berterima kasih kepadaku,aku cuma perantara.Yg mendatangkan idea,Allah...Maka bersyukurlah padaNya..

  1. nur said...:
    This comment has been removed by the author.