22 sifat buruk yahudi laknatullah...huhu

Thursday, October 27, 2011




22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi


Dalam Al-quran sedikit sebanyak disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah:75, 91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135
,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Tunang , Nikah: Normalkah Memikirkannya Sekarang?

Sunday, October 16, 2011




Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan bagi kamu, isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan tenteram dengannya dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya itu mengandungi tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum : Ayat 21)

Dalam usia remaja meniti kedewasaan kini, saya amat yakin dan pasti ramai antara kita sudah mula memikirkan alam pernikahan. Pastinya, taman-taman hati mulai harum mewangi menanti si kumbang dan si bunga. Secara jujur, saya juga tidak terlepas dari memikirkannya. Perasaan sudah mula bergelora memikirkan tentang pasangan hidup. Persoalan-persoalan seperti “Siapakah yang akan kukahwini?”, “Adakah dia orang yang kukenal?”, “Pilihan ibubapa atau pilihan sendiri?”, “Adakah sudah sampai masanya atau belum untuk aku bertunang?”, dan “Bila agaknya aku berkahwin?” pastinya sedang aktif menelusuri serebrum otak kita. Adakah ini perkara yang janggal dan bodoh untuk memikirkannya sekarang dalam usia baru melepasi SPM ataupun ini perkara yang normal? Mari bersama-sama saya membincangkan isu ini.....

Fitrah Manusia Menginginkan Pernikahan.
Nikah adalah sebahagian dari sunnahku. Siapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Empat perkara termasuk dalam sunnah para rasul ialah memakai inai, memakai wangian, bersugi dan berkahwin.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad & Al-Baihaqi)

Sudah jelas dan terbukti perasaan yang wujud dalam diri kita untuk bernikah bukanlah satu perkara abnormal yang perlu dikikis dari dalam diri bahkan, ianya ialah anugerah Allah untuk hamba-hambaNya yang beriman. Kenapa saya katakan ia satu anugerah? Mari renungkan:-
  1. Perasaan ingin bernikah ialah satu anugerah kerana tidak semua orang yang memilih jalan pernikahan untuk menjalinkan sesuatu hubungan. Ramai yang memilih jalan yang haram tanpa ikatan yang sah. Jadi, bukankah ia satu anugerah apabila anda memilih untuk bernikah daripada menjalinkan perhubungan yang haram?
  2. Perasaan ingin bernikah membuatkan anda termotivasi secara sendiri untuk berubah menjadi lebih baik bagi mendapatkan pasangan yang terbaik.
  3. Perasaan ingin bernikah membuatkan anda menjadi normal kerana mengingini pasangan yang berlainan jantina sebagai teman hidup.
  4. Perasaan ingin bernikah membuatkan anda akan cuba melaksanakan sunnah Rasul iaitu bernikah.
Adakah Sudah Sampai Masanya?
  1. Bertunang


Bagi saya, bagi mereka yang mampu untuk bertunang, maka teruskanlah. Jika tidak, jangan pula sibuk menggatal untuk bertunang. Namun saya kategorikan mampu itu kepada beberapa perkara:-

  • Mampu dari segi kewangan.
  • Mampu menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang syara’ seperti keluar berdua-duaan dan berpegang-pegangan tangan kerana hakikatnya bertunang bukan tiket menghalalkan perkara yang diharamkan syara’. Masih ada batas-batas yang perlu dijaga. Bertunang seolah-olah menge‘cop’ bagi sesuatu tempoh tertentu untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.
  • Mampu dan yakin bahawa tidak akan berkahwin dengan orang lain selain tunangnya tetapi ini bergantung kepada kedua-dua belah pihak sama ada dari pihak lelaki mahupun pihak perempuan.
  • Mampu menghadapi hari-hari pertunangan dengan tabah. Kebiasaannya, ini bagi pasangan yang telah bertunang dan tunangnya merantau jauh demi melanjutkan pelajaran. Sebagai contoh, Lili telah bertunang dengan Zaquan. Zaquan menyambung pelajarannya di luar negara dan Lili belajar di Malaysia. Namun, bagi orang yang kuat pegangan agamanya, hal ini tidak menjadi masalah.
Namun saya memilih jalan untuk tidak bertunang sehinggalah tamatnya Degree, sudah bekerja dan apabila tiba masanya untuk bernikah. Tetapi, mungkin juga saya memilih untuk tidak bertunang, tetapi bernikah terus. Sebabnya, akan saya ceritakan kemudian.
  1. Bernikah.

Bagi pernikahan, saya ada dua pendapat:-

  1. Lelaki

Seelok-eloknya dalam usia yang baru mengecapi 18 tahun, lebih baik lupakan dahulu. Zaman sekarang bukan seperti dahulu. Dalam usia belasan tahun, mampu untuk berkahwin dan menyara keluarga. Tetapi, tidak salah untuk memikirkannya sepertimana yang saya katakan di awal lembaran. Lebih baik, habiskan dahulu pelajaran (paling baik bagi saya selepas tamatnya Degree ataupun apabila telah bekerjaya). Jika tidak mampu menahan diri, nikahlah selepas tamatnya Diploma ataupun semasa sedang membuat Degree. Tetapi, saya lebih suka setelah tamatnya Degree.

  1. Perempuan.

Kalau tidak mampu menahan diri walaupun dengan berpuasa, teruskanlah niat anda. Sekiranya anda sudah bersedia menggalas tugas sebagai seorang isteri, laksanakanlah. Tambahan pula, sekiranya ada yang merisik dan datangnya pula dari orang yang diredai akhlak dan agamanya.Rasulullah S.A.W. telah bersabda,

Sekiranya ada lelaki datang kepada kamu, sedangkan kamu meredai agama dan akhlaknya, nikahkan beliau kerana sekiranya tidak, akan berlaku fitnah di muka bumi dan berlaku kerosakan yang parah.”
(Hadis)

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi,

Antara keberkatan wanita adalah cepat pernikahannya, cepat pula mengandungnya dan ringan pula maharnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad Al- Baihaqi)

Namun, bernikahlah hanya setelah mendapat keizinan ibubapamu kerana reda Allah terletak pada reda ibubapa. Yakinkan ibubapamu sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Sebaik-baiknya bagi saya, saya lebih suka isteri saya menghabiskan dulu pelajarannya. Saya lebih suka isteri saya merupakan seorang wanita yang berpendidikan tinggi kerana:-

  1. Isteri saya merupakan guru pertama anak-anak saya. Melalui didikannya, lahirlah zuriat keturunan saya yang bukan sahaja soleh dan solehah, bahkan intelektual. InsyaAllah. Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada berkata,

Perempuan adalah madrasah pertama yang membentuk dan memformat model generasi, maka bagaimana cara pengarahan yang diterima seseorang anak itulah yang akan menentukan perjalanan bangsa dan umat. Tambahan pula, perempuan adalah orang pertama yang memberikan sumbangan dalam kehidupan pemuda dan bangsa.”

  1. Boleh menegur saya andai saya tersilap langkah.
  2. Mampu berfikiran jauh dan rasional.
  3. Tabah dan mampu memberi inspirasi kepada saya menempuhi jalan jihad yang saya pilih kerana hanya dengan ilmu, dia mampu memahami tugas saya.

Namun, semuanya bergantung pada diri masing-masing. The Choice Is In Your Hand!

Hati-Hati!

Memang tidak salah memikirkan soal jodoh dan pasangan hidup tetapi jangan sampai lalai dan leka sehingga pelajaran pun terabai. Janganlah memilih jalan untuk ber ‘Couple’ tapi pilihlah jalan untuk bertunang tapi ingat sekali lagi, bertunang bukan tiket terlerainya batasan-batasan hudud yang ditetapkan Allah! Sebaik-baiknya, semasa bertunang pun kurangkan kunjungan dan pertanyaan khabar kerana,

Berkunjunglah jarang-jarang,nescaya akan semakin sayang;
Sekiranya terlalu kerap, akan mengundang perpisahan;
Sebagaimana bumi akan bosan sekiranya selalu turun hujan”
(Petikan Syair)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda,

Jarang berkunjung akan menambah cinta dan kasih.”
(Hadis Riwayat At-Thabrani)

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran dalam mengemudi perasaan yang sedang bergolak. Beruntunglah orang yang banyak berfikir sebelum melaksanakan tindakannya. Segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk hakikatnya jua datang dari Allah tetapi disebabkan kelemahan diri ini. Mohon ditegur andai tersilap, mohon dikongsi andai benar. Semoga amalan yang sedikit ini dikira oleh Allah sebagai amalan yang soleh. Amin....

Rujukan : Mas Udik Abdullah. 2011. Apabila Hati Rindu Menikah, PTS Millennia Sdn. Bhd.
(Saya cadangkan anda turut beli senaskhah buku ini untuk dijadikan koleksi peribadi. Buku ni penuh dengan ayat Al-Quran & Hadis sebagai sumber rujukan.)