Oh....situ rupanya tuhan kau

Monday, November 14, 2011
mengenangkan junior-junior kita ambil SPM, aku tersingkap kenangan dulu. jap. jangan tutup window ni dulu. post aku bukanlah antara post cliche pasal kenangan kita waktu SPM. betul.


aku cuma nak berkongsi pengalaman aku di sekolah hari ni. (harap maklum jelah sekolahnya ye.aku tak boleh nak post nama.nanti diorang track down blog ni,habis kita)


2 orang budak sekolah menengah masuk ke surau untuk menunaikan solat fardhu zohor. tersenyum aku. jarang-jarang budak menengah nak tunaikan ibadah fardhu ni. sekurang-kurangnya ada jugalah yang sanggup memberi komitmen terhadap tuhan mereka walaupun seketika. menunjukkan betapa handalnya mereka menjimatkan waktu komitmen, aku solat baru 2 rakaat, diorang dah lipat telekong.


sekali tengok bolehlah fikir, "diorang nak sembahyang pun dah cukup baik". tapi bukan itu isunya di sini. bukannya aku terharu, rasa gembira tapi aku lebih kepada meluat. kenapa? sebabnya dua-dua budak tu budak form 5. hari ni 1st day SPM kan? haaa...... pandai korang meneka.


benda ni aku dah perasan dari periksa PMR lagi. benda yang samalah. seminggu tu bukan main penuh surau dengan budak pakai skirt. pastu lepas seminggu tu, macam dah takde budak sekolah menengah yang Islam.


ok. tujuan aku bukanlah nak mengutuk budak sekolah aku. cuma aku reflect balik kat diri aku. dan harap-harap korang dapat same-sama ikut pengembaraan reflection aku ni. cheh.


dulu waktu bau SPM 2010 makin kuat,
  • tiap-tiap kali rehat mesti ramai antara kita yang pergi dating. mula-mula waktu hari yang puasa je. lama-lama boleh dikatakan tak pernah putus dalam seminggu tu. singkat macam mana pun waktu rehat tu, disempatkan jugak dating 2 rakaat dengan Illahi.
  • qiam dah jadi amalan harian. perdana ke tidak, at least 2 rakaat tahajud pun jadilah. asalkan qiam.
dan banyaklah lagi yang kita buat. amalan masing-masing kan... aku yakin kawan-kawan aku pun semua ingat.


kalau orang luar tengok mesti nampak baik sungguh budak-budak SEPINTAR ni. sejuk perut mak-mak yang mengandung mengharapkan anak-anak dia dapat jadi macam kita.


tapi jom tengok balik. apa maksud kita buat semua tu? betul ke memang kita sendiri yang nak buat? atau sebab disuruh ustazah? ataupun sebab semua kawan-kawan kita buat, kita pun buat? ataupun kita tau bila kita tak buat benda tu semua, kita tak boleh nak berjaya? yelah.... dah clear evidence dah yang siapa bergantung kat Allah memang berjaya hidup dia.


fitrah manusia memang rasa ada kuasa lain yang membantu kita dalam perkara yang kita tiada kuasa untuk menentukan. senang kata, manusia ni memang berkehendakkan tuhan. Allah tu tuhan kita. tapi peranan Dia hanya bila kita perlukan pertolongan ke?


kita ada background agama yang kuat. aku sure kawan-kawan aku yang baca ni semua tahu jawapan yang sebenarnya. tapi aku nak tanya. bila kali terakhir kita dhuha? seminggu berapa kali kita qiam? kalau ada yang masih istiqamah, alhamdulillah. semoga sentiasa dirahmatiNya. tapi yang lain? kita sendiri tahu tahap mana yang kita rasa elok, mana yang takkan. so... samakah ilmu kita yang secara teori tu dengan secara praktikal?


aku tahu lagi senang nak cakap dari buat. aku sendiri pun gitu. bila nak exam tu, fuh... kemain lagi. pergantungan kat Allah gila-gila. sebelum ni tawakal pun kadang terlupa. astaghfirullah....


mungkin tak ada antara kita yang seteruk budak-budak sekolah aku ni tapi iman kan bertambah dan berkurang. teguhkanlah dengan perkara yang paling utama; hubungan kita dengan Maha Pencipta.


aku tak ada lah baik tapi aku harap kita sama-sama dapat ambil iktibar dari pengalaman aku supaya kita sama-sama dapat jadi hamba yang lebih dekat denganNya. amin.


p/s : kawan aku yang india beragama hindu pun boleh cakap "aku paling anti orang yang cari tuhan bila dia susah je. tuhan bukannya ada time tu je". apa reaksi kita?



4 comments:

  1. kadang2 kite lupe yang kite ni hamba Allah,bukan hamba exam.....

  1. skdr mmberi fikrah mata kasar je....exam is a platform just like ramadhan....

  1. Anonymous said...:

    senyum membacenye~~
    :P

  1. mmg benar pada biasanya manusia ni hanya ingat pada tuhan ketika memerlukan bantuan..

    6:63 Katakanlah: Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut (dengan mengatakan):

    "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur."


    tapi itu hanya permulaan, akan tiba masanya insyaAllah, dimana dia akan makin hampir dengan ilahi bukan hanya ketika susah, tetapi ketika senang juga ("selalu berada dalam kebenaran").

    2:186 Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,

    maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.