ibrah dari semut

Tuesday, January 31, 2012
Assalamualaikum...
saya nak cerita tentang rezeki
nak dengar satu cerita tak?
Pada zaman dahulu....masa zaman Nabi Sulaiman a.s seperti yang kita maklum Nabi Allah ini diberi kelebihan untuk bercakap dengan haiwan kan?
Baginda bertanya kepada seekor semut yang kebetulan berjalan dihadapannya



' Wahai semut,berapa banyak makanankah yang engkau perlukan untuk setahun?"
Jawab semut
" Aku hanya memerlukan sebutir gula untuk setahun."
bagi menguji kata-kata semut itu semut itu pun diletakkan dalam sebuah balang dan diletakkan bersamanya sebutir gula
( ini bukanlah menunjukkan kekejaman Nabi Sulaiman, niatnya untuk menguji kesahihan kata-kata sang semut dan dengan kebenaran semut,bukan secara paksa0
setahun telah berlalu...
Nabi sulaiman pun membuka balang tersebut...
alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati semut tersebut masih sihat walafiat dan baki gula itu masih ada separuh.
dengan rasa hairannya baginda bertanya kepada semut
" Mengapakah baki gula yang ada padamu masih ada separuh,bukankah katamu dulu engkau memerlukan sebutir gula untuk setahun?"
semut menjawab
" ini kerana semasa dikurung aku mengambil langkah berjaga-jaga,manalah tahu engkau akan terlupa akan aku...sedangkan sekiranya aku di luar,aku bebas mencari makanan kerana rezeki aku pasti ada...Allah telah mengaturnya,'
Subhanallah...
kita dapat lihat bagaimana kebergantungan semut yang kecil itu kepada Allah...
punca rosaknya masyarakat harini...adalah kerana perasaan tak perlukan Allah....mereka tiahu tetapi tak sedar mereka itu hamba....tanpa Allah ..aku kaya...tanpa Allah aku bijak...aku MEWAH.......


perlukah diterangkan bahawa datangnya semua nikmat itu daripada Allah....
ingatlah..akan datang satu madsa yang kita tak punya sesiapa..semewah mana punkita....hanya kain putih sebagai pakaian...sebijak mana pun kita....tak dapat menangkis soalan2 malaikat dalam kubur tu nanti....
sentiasa bersangka baik dengan Allah...
sepertimana hadis qudsi riwayat Syaikhan,Tirmizi dan Abu Hurairah...

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

haa..tak nak ke? Allah dah janji tu...dan sesungguhnya janji Allah tu pasti....
sekian maaf atas segala kesilapan...
wassalam..


2 comments:

  1. bagus cite ni utk ingatkan diri supaya slalu tawakkal kepada ilahi, insyaAllah. :)

    cuma kat surau, dia kata gandum bukan gula. hehe

  1. ooo...yeke...saye dengar gula..