Monday, December 19, 2011
SIAPA KITA NH SEBENARNYA???nak kata kita hamba ALLAH ade ke kita ikut perintahnya...law ade alhamdulillah,tapi kenapa kita sekarang lebih pentngkan dunia berbanding cari akhirat yang kita akan kekal untuk selama-lamanya...time aku tulis post nh aku teringin nak bagi teka teki yang aku baca  dari tulisan ustaz pahrol dalam buku nota hati seorang lelaki...benda ape bila orang tu buat tapi dia x nak guna.orang yang beli pown x nak but n orang yang pakainya pown x perasan bila dia pakai...aku punye lah konfius cari jawapan...last2 fahmi izzuddin gtaw aku jawapan nye kain kapan...betapa lumpy nye aku nh sebenarnya...betul kan teka teki nya...secantik2 pakaian kita kat dunia nh pown last2 kita akn pakai kain putih nh kan....aku ade dengar cerita dari ustaz kat tempat aku dia cerita pasal saidina ali...pernah suatu hari tu saidina ali cakap 'wahai dunia,aku ceraikan kau dengan talak tiga'...peh.time aku dengar cerita nh balik tu aku terkesima n pikir balik...law aku cakap mcam tu...hari nh aku cakap esok mesti aku dah berbaik semula dengan dunia...memang betul iman kita x sama dengan iman para sahabat...jauh sama sekali...sedekah 1 sen mereka x sama dengan 1 sen kita sebab dorang sedekah sekali dengan iman mereka...MUJAHADAH ITU PAHIT PADA AWALNYA TAPI MANIS PADA AKHIRNYA SEBAB SYURGA ITU TERLAMPAULAH INDAH...semua nak pergi sanakan...jadi ap yang kita kena ada....duit.pangkat or kerjaya...hahaha...TAQWA lah sebaik2 bekalan yang kita perlukan....
                                          IMAN ngan TAQWA memang x leh dipisah kan.....

ayuhlah sahabat2 yang disayangi ALLAH...kita bawa ISLAM kearah kejayaan...kita berubah diri kita kearah kebaikan dahulu...betul cakap kak wardina saffiyah...kalau kita nak berubah jadi baik ALLAH akan hantar hamba2 nya yang baik tuk mendidik kita...jom kita betulkan balik niat n tujuan kita hidup kat dunia nh...x da benda yang mustahil kat dunia nh...jangan pernah bersedih sebab ALLAH sentiasa ade ketika.dimana dan dalam keadaan ape sekalipun...ALLAH x pernah jauh dari kita tapi kita sendiri yang menjauhkan diri dari ALLAH...tegurlah diri saya yang hina nh jika ade uat silap...sebab x da seorang pown yan perfect kat dunia nh...persahabatan kita akan kekal sampai bila2 ...ingat taw....ade peluang kita jumpa suatu hari nanti ramai2....insyaALLAH...salam mujahadah n selamat berjuang sahabatku semua...n_n
                                                     kita bersahabat sampai bila2 taw...^_^

Oh....situ rupanya tuhan kau

Monday, November 14, 2011
mengenangkan junior-junior kita ambil SPM, aku tersingkap kenangan dulu. jap. jangan tutup window ni dulu. post aku bukanlah antara post cliche pasal kenangan kita waktu SPM. betul.


aku cuma nak berkongsi pengalaman aku di sekolah hari ni. (harap maklum jelah sekolahnya ye.aku tak boleh nak post nama.nanti diorang track down blog ni,habis kita)


2 orang budak sekolah menengah masuk ke surau untuk menunaikan solat fardhu zohor. tersenyum aku. jarang-jarang budak menengah nak tunaikan ibadah fardhu ni. sekurang-kurangnya ada jugalah yang sanggup memberi komitmen terhadap tuhan mereka walaupun seketika. menunjukkan betapa handalnya mereka menjimatkan waktu komitmen, aku solat baru 2 rakaat, diorang dah lipat telekong.


sekali tengok bolehlah fikir, "diorang nak sembahyang pun dah cukup baik". tapi bukan itu isunya di sini. bukannya aku terharu, rasa gembira tapi aku lebih kepada meluat. kenapa? sebabnya dua-dua budak tu budak form 5. hari ni 1st day SPM kan? haaa...... pandai korang meneka.


benda ni aku dah perasan dari periksa PMR lagi. benda yang samalah. seminggu tu bukan main penuh surau dengan budak pakai skirt. pastu lepas seminggu tu, macam dah takde budak sekolah menengah yang Islam.


ok. tujuan aku bukanlah nak mengutuk budak sekolah aku. cuma aku reflect balik kat diri aku. dan harap-harap korang dapat same-sama ikut pengembaraan reflection aku ni. cheh.


dulu waktu bau SPM 2010 makin kuat,
  • tiap-tiap kali rehat mesti ramai antara kita yang pergi dating. mula-mula waktu hari yang puasa je. lama-lama boleh dikatakan tak pernah putus dalam seminggu tu. singkat macam mana pun waktu rehat tu, disempatkan jugak dating 2 rakaat dengan Illahi.
  • qiam dah jadi amalan harian. perdana ke tidak, at least 2 rakaat tahajud pun jadilah. asalkan qiam.
dan banyaklah lagi yang kita buat. amalan masing-masing kan... aku yakin kawan-kawan aku pun semua ingat.


kalau orang luar tengok mesti nampak baik sungguh budak-budak SEPINTAR ni. sejuk perut mak-mak yang mengandung mengharapkan anak-anak dia dapat jadi macam kita.


tapi jom tengok balik. apa maksud kita buat semua tu? betul ke memang kita sendiri yang nak buat? atau sebab disuruh ustazah? ataupun sebab semua kawan-kawan kita buat, kita pun buat? ataupun kita tau bila kita tak buat benda tu semua, kita tak boleh nak berjaya? yelah.... dah clear evidence dah yang siapa bergantung kat Allah memang berjaya hidup dia.


fitrah manusia memang rasa ada kuasa lain yang membantu kita dalam perkara yang kita tiada kuasa untuk menentukan. senang kata, manusia ni memang berkehendakkan tuhan. Allah tu tuhan kita. tapi peranan Dia hanya bila kita perlukan pertolongan ke?


kita ada background agama yang kuat. aku sure kawan-kawan aku yang baca ni semua tahu jawapan yang sebenarnya. tapi aku nak tanya. bila kali terakhir kita dhuha? seminggu berapa kali kita qiam? kalau ada yang masih istiqamah, alhamdulillah. semoga sentiasa dirahmatiNya. tapi yang lain? kita sendiri tahu tahap mana yang kita rasa elok, mana yang takkan. so... samakah ilmu kita yang secara teori tu dengan secara praktikal?


aku tahu lagi senang nak cakap dari buat. aku sendiri pun gitu. bila nak exam tu, fuh... kemain lagi. pergantungan kat Allah gila-gila. sebelum ni tawakal pun kadang terlupa. astaghfirullah....


mungkin tak ada antara kita yang seteruk budak-budak sekolah aku ni tapi iman kan bertambah dan berkurang. teguhkanlah dengan perkara yang paling utama; hubungan kita dengan Maha Pencipta.


aku tak ada lah baik tapi aku harap kita sama-sama dapat ambil iktibar dari pengalaman aku supaya kita sama-sama dapat jadi hamba yang lebih dekat denganNya. amin.


p/s : kawan aku yang india beragama hindu pun boleh cakap "aku paling anti orang yang cari tuhan bila dia susah je. tuhan bukannya ada time tu je". apa reaksi kita?



CHANGES are COMMON?

Tuesday, November 1, 2011
.....Assalamualaikum....

...ALHAMDULILLAH..

dah habis dah satu sem sebagai student tamhidi dentist kt usim

banyak dapat benda baru....

ilmu baru...kawan baru....


macam2 orang jumpe....macam2 fesyen..perangai yang tak pernah jumpe kt sepintar dulu...

.alamak...

...rindunye kat sepintar....

especially kawan2

bile cakap pasal kawan2

saya ni rajin juga nak 'usha' facebook orang dan blog orang

saya sedih tengok ada beberapa orang kawan2 yang dah 'lain'

saya ni pun tak lah baik sangat pun....tapi.....

saya pelik kenapa keluar madrasah tarbiah sepintar

semua bertukar..berubah..

saya pun tak lah expect student sepintar akan jadi alim..or 100% perfect

tapi kenapa ye....?

remaja yang boleh dikata ada basic agama yang agak kukuh...bekas naqib,naqibah...


..... PQS n PSI n PAI....

?????

....couple....pakaian.....

meh...nak ingatkn...terutama yang muslimat.......

mungkin anda dah bosan....dengan ayat ni...

TAPI...saya nak letak jugak..

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan* seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Q.S Al-Ahzab: 59)


bukan niat nak menyindir atau nak tunjuk baik...

tapi ini ialah ekspresi saya sebab saya sayang kawan2 saya...

tak salah pakai shawl....tudung bawal ke...dan seangkaan dengannya yang saya tak reti nak sebut...( saya memang tak ambil tahu sangat pasal fesyen terbaru ni...sorii..)

lilitlah...berapa kali nak lilit pun asalkan tak salahi syariat yang Allah dah beri garis panduannya dalam kitabNya

garis panduanNya pun tak perlu saya sebut sebab insyaAllah semua dah tahu...kan?




pasal couple pulak...

saya rasa saya tak perlu terang sebab kebanyakan kita dah tahu dengan terang jelas dan nyata tentang hal ini....

saya cuma nak cakap yang kalau kita rasa sayang kita kepada Yang Mencipta...pesuruhNya..family....ISLAM...dah cukup besar...dan cinta kita itu boleh bawa kita dekat denganNya......barulah kita layak beri kasih sayang kita pada orang lain...

itu hanyalah pandangan saya...

mungkin juga saya tak layak lagi nak cakap macam ni sebab belum ada experience

tapi it's up to you nak tafsir..



Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu,sedang kamu mengetahui.
Al-Baqarah;42

saya sebenarnya risau juga nak tulis macam ini..

sebab saya tak pasti tentang masa akan datang


Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan,sedangkan kamu melupakan diri (kewajipan)mu sendiri,padahal kamu membaca Al-Kitab?Maka tidakkah kamu berfikir.
Al Baqarah:42


Wahai orang-orang beriman,kenapakah kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
As-saf ;2

di sini saya nak minta maaf kepada semua..

mungkin saya bukan yang layak nak cakap macam ni

tiada langsung niat nak menyindir

......tapi.....

cuma nak nyatakan pandangan dan

minta maaf kalau post ni dah common sangat

sebab saya sayang kamu semua...


Wassalam


22 sifat buruk yahudi laknatullah...huhu

Thursday, October 27, 2011




22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi


Dalam Al-quran sedikit sebanyak disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah:75, 91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135
,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Tunang , Nikah: Normalkah Memikirkannya Sekarang?

Sunday, October 16, 2011




Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan bagi kamu, isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan tenteram dengannya dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya itu mengandungi tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum : Ayat 21)

Dalam usia remaja meniti kedewasaan kini, saya amat yakin dan pasti ramai antara kita sudah mula memikirkan alam pernikahan. Pastinya, taman-taman hati mulai harum mewangi menanti si kumbang dan si bunga. Secara jujur, saya juga tidak terlepas dari memikirkannya. Perasaan sudah mula bergelora memikirkan tentang pasangan hidup. Persoalan-persoalan seperti “Siapakah yang akan kukahwini?”, “Adakah dia orang yang kukenal?”, “Pilihan ibubapa atau pilihan sendiri?”, “Adakah sudah sampai masanya atau belum untuk aku bertunang?”, dan “Bila agaknya aku berkahwin?” pastinya sedang aktif menelusuri serebrum otak kita. Adakah ini perkara yang janggal dan bodoh untuk memikirkannya sekarang dalam usia baru melepasi SPM ataupun ini perkara yang normal? Mari bersama-sama saya membincangkan isu ini.....

Fitrah Manusia Menginginkan Pernikahan.
Nikah adalah sebahagian dari sunnahku. Siapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Empat perkara termasuk dalam sunnah para rasul ialah memakai inai, memakai wangian, bersugi dan berkahwin.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad & Al-Baihaqi)

Sudah jelas dan terbukti perasaan yang wujud dalam diri kita untuk bernikah bukanlah satu perkara abnormal yang perlu dikikis dari dalam diri bahkan, ianya ialah anugerah Allah untuk hamba-hambaNya yang beriman. Kenapa saya katakan ia satu anugerah? Mari renungkan:-
  1. Perasaan ingin bernikah ialah satu anugerah kerana tidak semua orang yang memilih jalan pernikahan untuk menjalinkan sesuatu hubungan. Ramai yang memilih jalan yang haram tanpa ikatan yang sah. Jadi, bukankah ia satu anugerah apabila anda memilih untuk bernikah daripada menjalinkan perhubungan yang haram?
  2. Perasaan ingin bernikah membuatkan anda termotivasi secara sendiri untuk berubah menjadi lebih baik bagi mendapatkan pasangan yang terbaik.
  3. Perasaan ingin bernikah membuatkan anda menjadi normal kerana mengingini pasangan yang berlainan jantina sebagai teman hidup.
  4. Perasaan ingin bernikah membuatkan anda akan cuba melaksanakan sunnah Rasul iaitu bernikah.
Adakah Sudah Sampai Masanya?
  1. Bertunang


Bagi saya, bagi mereka yang mampu untuk bertunang, maka teruskanlah. Jika tidak, jangan pula sibuk menggatal untuk bertunang. Namun saya kategorikan mampu itu kepada beberapa perkara:-

  • Mampu dari segi kewangan.
  • Mampu menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang syara’ seperti keluar berdua-duaan dan berpegang-pegangan tangan kerana hakikatnya bertunang bukan tiket menghalalkan perkara yang diharamkan syara’. Masih ada batas-batas yang perlu dijaga. Bertunang seolah-olah menge‘cop’ bagi sesuatu tempoh tertentu untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.
  • Mampu dan yakin bahawa tidak akan berkahwin dengan orang lain selain tunangnya tetapi ini bergantung kepada kedua-dua belah pihak sama ada dari pihak lelaki mahupun pihak perempuan.
  • Mampu menghadapi hari-hari pertunangan dengan tabah. Kebiasaannya, ini bagi pasangan yang telah bertunang dan tunangnya merantau jauh demi melanjutkan pelajaran. Sebagai contoh, Lili telah bertunang dengan Zaquan. Zaquan menyambung pelajarannya di luar negara dan Lili belajar di Malaysia. Namun, bagi orang yang kuat pegangan agamanya, hal ini tidak menjadi masalah.
Namun saya memilih jalan untuk tidak bertunang sehinggalah tamatnya Degree, sudah bekerja dan apabila tiba masanya untuk bernikah. Tetapi, mungkin juga saya memilih untuk tidak bertunang, tetapi bernikah terus. Sebabnya, akan saya ceritakan kemudian.
  1. Bernikah.

Bagi pernikahan, saya ada dua pendapat:-

  1. Lelaki

Seelok-eloknya dalam usia yang baru mengecapi 18 tahun, lebih baik lupakan dahulu. Zaman sekarang bukan seperti dahulu. Dalam usia belasan tahun, mampu untuk berkahwin dan menyara keluarga. Tetapi, tidak salah untuk memikirkannya sepertimana yang saya katakan di awal lembaran. Lebih baik, habiskan dahulu pelajaran (paling baik bagi saya selepas tamatnya Degree ataupun apabila telah bekerjaya). Jika tidak mampu menahan diri, nikahlah selepas tamatnya Diploma ataupun semasa sedang membuat Degree. Tetapi, saya lebih suka setelah tamatnya Degree.

  1. Perempuan.

Kalau tidak mampu menahan diri walaupun dengan berpuasa, teruskanlah niat anda. Sekiranya anda sudah bersedia menggalas tugas sebagai seorang isteri, laksanakanlah. Tambahan pula, sekiranya ada yang merisik dan datangnya pula dari orang yang diredai akhlak dan agamanya.Rasulullah S.A.W. telah bersabda,

Sekiranya ada lelaki datang kepada kamu, sedangkan kamu meredai agama dan akhlaknya, nikahkan beliau kerana sekiranya tidak, akan berlaku fitnah di muka bumi dan berlaku kerosakan yang parah.”
(Hadis)

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi,

Antara keberkatan wanita adalah cepat pernikahannya, cepat pula mengandungnya dan ringan pula maharnya.”
(Hadis Riwayat Ahmad Al- Baihaqi)

Namun, bernikahlah hanya setelah mendapat keizinan ibubapamu kerana reda Allah terletak pada reda ibubapa. Yakinkan ibubapamu sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

Sebaik-baiknya bagi saya, saya lebih suka isteri saya menghabiskan dulu pelajarannya. Saya lebih suka isteri saya merupakan seorang wanita yang berpendidikan tinggi kerana:-

  1. Isteri saya merupakan guru pertama anak-anak saya. Melalui didikannya, lahirlah zuriat keturunan saya yang bukan sahaja soleh dan solehah, bahkan intelektual. InsyaAllah. Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada berkata,

Perempuan adalah madrasah pertama yang membentuk dan memformat model generasi, maka bagaimana cara pengarahan yang diterima seseorang anak itulah yang akan menentukan perjalanan bangsa dan umat. Tambahan pula, perempuan adalah orang pertama yang memberikan sumbangan dalam kehidupan pemuda dan bangsa.”

  1. Boleh menegur saya andai saya tersilap langkah.
  2. Mampu berfikiran jauh dan rasional.
  3. Tabah dan mampu memberi inspirasi kepada saya menempuhi jalan jihad yang saya pilih kerana hanya dengan ilmu, dia mampu memahami tugas saya.

Namun, semuanya bergantung pada diri masing-masing. The Choice Is In Your Hand!

Hati-Hati!

Memang tidak salah memikirkan soal jodoh dan pasangan hidup tetapi jangan sampai lalai dan leka sehingga pelajaran pun terabai. Janganlah memilih jalan untuk ber ‘Couple’ tapi pilihlah jalan untuk bertunang tapi ingat sekali lagi, bertunang bukan tiket terlerainya batasan-batasan hudud yang ditetapkan Allah! Sebaik-baiknya, semasa bertunang pun kurangkan kunjungan dan pertanyaan khabar kerana,

Berkunjunglah jarang-jarang,nescaya akan semakin sayang;
Sekiranya terlalu kerap, akan mengundang perpisahan;
Sebagaimana bumi akan bosan sekiranya selalu turun hujan”
(Petikan Syair)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda,

Jarang berkunjung akan menambah cinta dan kasih.”
(Hadis Riwayat At-Thabrani)

Semoga mendapat iktibar dan pengajaran dalam mengemudi perasaan yang sedang bergolak. Beruntunglah orang yang banyak berfikir sebelum melaksanakan tindakannya. Segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk hakikatnya jua datang dari Allah tetapi disebabkan kelemahan diri ini. Mohon ditegur andai tersilap, mohon dikongsi andai benar. Semoga amalan yang sedikit ini dikira oleh Allah sebagai amalan yang soleh. Amin....

Rujukan : Mas Udik Abdullah. 2011. Apabila Hati Rindu Menikah, PTS Millennia Sdn. Bhd.
(Saya cadangkan anda turut beli senaskhah buku ini untuk dijadikan koleksi peribadi. Buku ni penuh dengan ayat Al-Quran & Hadis sebagai sumber rujukan.)

what i found

Wednesday, August 3, 2011
borak-borak dua orang teman :

"Kau tahu, aku ada kisah kematian yang sangat menakjubkan.Malah menimbulkan cemburu di hati."kata A.
"cerita benar?" tanya B
 angguk si A sambil menjawab:
"baru berlaku dua bulan lepas.."

Si A bercerita tentang seorang lelaki, abang kepada kawan isterinya yang baru meninggal dunia 2 bulan lalu..
Allahyarham meninggal dua sewaktu mengerjakan solat asar berjemaah di masjid.
"Alhamdulillah, masih ada kematian yang baik sebegitu pada zaman ini" kata si B.

"Cara kematian kita ditentukan oleh cara hidup kita." Pintas A
"mcm pernah dengar je kata-kata tu" kata si B..
"Itu kata-kata Imam Al Ghazali." kata si A menjelaskan.
"Kau tau mengapa agaknya Allahyarham meninggal dalam keadaan yang sebaik itu?" Tambah Si A.

Si A bercerita lagi..
Allahyarham semasa hidupnya memang seorang yang istiqamah solat jemaah di masjid setiap waktu. Dia kerja kampung dan berniaga kecil-kecilan membolehkan dia mengatur jadual hidupnya sendiri.
Ya, hanya orang yang sering ke majid yang "terpilih" untuk mati di sana.
Dan hanya orang yang konsisten solat sahaja yang besar kemungkinan mati dalam keadaan bersolat.
Siapa yang hidup cara baik akan mati secara baik!


"Soal mati cepat atau lambat bukan persolalan lagi.Tetapi apakah kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya itu yang lebih utama." Ulas Si B.
"Ada yang lebih utama dari tu, yakni menentukan cara hidup yang baik! sebab cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik." Si A mengingatkan.


"Bolehkah kita mati dalam keadaan lidah dan hati kita menyebut dan mengingati Allah?" tanya Si B.
"Bergantung pada keadaan kita semasa hidup. Jika kita selalu berzikir dan mengingati Allah semasa hidup, InsyaAllah semasa kita menghampiri kematian, Allah jugalah yang sentiasa berada di bibir dan hati kita." Jelas Si A.

"Saya teringat satu analogi yang pernah diberikan oleh sahabat-sahabat di kampus dulu. Kata mereka, jika lori berisi pasir berlanggar, maka yang akan terkeluar dan berselerak ialah pasir. Sebaliknya jika lori sampah, maka sampahlah yang berterabur keluar." kata Si B.
"maksudnya?" Si A menagih penjelasan.
"Samalah seperti manusia.Manusia yang lidah, hati dirinya sentiasa penuh dengan zikrullah, maka kalimah zikir itulah yang akan terluncur keluar bila tiba saat kematiannya. Sebaliknya jika perkara-perkara kotor yang ada dalam dirinya, maka perkara itulah yang tersembur keluar di saat kematiaannya.Takkanlah lori sampah mengeluarkan pasir bila berlanggar kan?"Jelas Si B.
"Cantik dan tepat sekali analogi tu!" kata Si A sambil tersenyum.

Sumber :Solusi


"Kematian kita ditentukan berdasarkan amalan dan cara hidup kita semasa hidup"
Didoakan semua pembaca melalui saat kematian yang Ajaib! Kematian Yang Baik!


copy and paste from blog ore len. :) slamat beribadah.

Fakta Pelik tapi Benar Mengenai Ramadan di Malaysia

Friday, July 29, 2011
Assalamualaikum W.M.T.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,ku mohon petunjuk agar diberi kebenaran.
Segala puji bagi Allah S.W.T.,tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia,NAbi Muhammad S.A.W.,keluarga baginda,para anbiya',para sahabat,tabi'in,seterusnya tabi' tabi'in.
m
Dalam masa beberapa hari lagi,kita Ramadan bakal tiba.Tiba-tiba saya ingin mengutarakan beberapa persoalan dan situasi yang kerap terjadi tatkala tibanya bulan yang mulia ini.Jom!

“ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.(Surah Al-Baqarah 2:183)
 

1.Ramainya Tetamu Allah! 
Tidak dinafikan,rumah-rumah Allah di seluruh Malaysia pasti meriah tatkala berkunjungnya bulan Ramadan.Namun sayang seribu kali sayang,tetamu-tetamu ini makin berkurangan apabila bertambahnya hari di bulan Ramadan sedangkan Lailatul Qadar terdapat dalam 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.Takkan mereka lupa kot?
"Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan."(Surah Al-Qadr 97:3)
 2.Nafsu kian mengganas?

Hakikatnya,Allah jadikan Ramadan sebagai latihan untuk umat Islam mengawal nafsu tetapi majoriti Umat Islam di Malaysia hari ini mengikut nafsu tatkala berbuka.

".makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.. (Surah Al-A’raaf 7:31)

3.Islam mengenai puasa je ke?
Majoriti Umat Islam Malaysia berpuasa tetapi berapa ramai pula yang masih mendedahkan aurat?Adakah Islam mengenai puasa semata-mata?Adakah kitab Al-Quran yang kita imani tidak mengandungi firman Allah:-

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."(Surah An-Nur 24:30-31)
4.Puasa meletihkan?
Tatkala Ramadan,ramai yang menjadikan puasa sebagai alasan untuk menjadi tidak produktif,kurang tumpuan dan fokus serta meletihkan sedangkan generasi terdahulu lebih bersemangat setiap kali menjelang bulan Ramadan.Buktinya,banyak perang yang berlaku di bulan Ramadan seperti Perang Badar.Diriwayatkan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi berpuasa sunat setiap kali berperang dan pernah suatu ketika,beliau jatuh sakit dan dinasihatkan oleh pembesarnya untuk berbuka tetapi beliau enggan.Akhirnya,tentera Islam mencapai kemenagan.Jadi,betul ke puasa tu meletihkan?

5.Tatkala Ramadan berakhir   
Walaupun masih banyak lagi tetapi cukuplah setakat ini.Ini fokus saya yang sebenarnya.Bulan Ramadan menjadikan ramai manusia yang berubah menjadi lebih mentaati Allah tetapi malangnya,berakhirnya Ramadan,berakhirlah segala bentuk ketaatan yang dilaksanakan tatakala bulan Ramadan.

Mengapa terjadi begini?
Kita ini sebenarnya hamba Allah ke hamba Ramadan? 
Mengapa begitu banyak amalan kita tatkala Ramadan tetapi tidak dalam bulan-bulan yang lain?
Perbuatan sebegini seolah-olah kita mengimani bahawa Allah itu hanya wujud dalam bulan Ramadan tetapi tidak dalam bulan-bulan yang lain.
Ramadan menjadi bulan mentaati Allah tetapi bulan-bulan lain menjadi bulan kemaksiatan kepada Allah.
Salah ke saya cakap?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.,yang buruk itu hasil kelemahan diri ini walaupun hakikatnya dari Allah S.W.T.
Semoga Ramadan yang menjelang menjadi bulan untuk kita mengoreksi diri ke arah yang lebih baik.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum W.M.T.   


Di mana silap kita?

Assalamualaikum W.M.T.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,ku titipkan peringatan buat diri serta rakan-rakan semua.
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,selawat & salam buat junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W.,keluarga baginda,para sahabat,tabiin seterusnya tabi' tabiin.

Cukup terkesan dengan khutbah Jumaat yang disampaikan Ustaz Norazli Musa di Masjid Asy-Syarif,Meru.


        Sebaik sahaja azan kedua dilaungkan,beliau begitu bersemangat memberi khutbah,lantang suaranya,besar jiwanya membicarakan isu Palestin.Beliau memulakan dengan membca sepotong ayat Surah Al-Isra' ayat 1 yang cukup kerap meniti di bibir para penceramah setiapkali sambutan Isra' & Mi'raj.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Hal yang membuatkan saya begitu tertarik dengan khutbah beliau ialah cara penyampain khutbah beliau yang begitu bersemangat dan menggegar Masjid Asy-Syarif tatkala beliau berbicara.Begitu lantang suaranya tanpa rasa gentar dan takut,tanpa rasa ragu dan resah membincangkan isu Palestin.

          Beliau menyentuh isu Jihad yang jarang sekali dibicarakan oleh para penceramah era ini.Beliau menyeru umat Islam kembali menghidupkan semangat jihad yang ditunjukkan generasi terdahulu sebagaimana yang diajar Rasulullah S.A.W.
  
          Beliau menceritakan bagaimana caranya Saidina Umar Al-Khattab membuka Palestin.Sejak itu,Khalifah Umar Al-Khattab mewasiatkan bahawa Palestin adalah tanah warisan Umat Islam.Cara Palestin dibuka bukan dengan perjanjian demi perjanjian yang menipu umat Islam,bukan degan kewujudan PBB,tetapi dengan titisan darah Syuhada' yang tidak lain tidak bukan hasil semangat Jihad yang begitu kuat mengakar dalam diri mereka.Begitu juga halnya tatkala tentera Salahuddin Al-Ayubi membuka semula Kota Palestin dari tentera-tentera salib.   
        Fokus khutbah beliau ialah semangat jihad yang perlu dinyalakan semula oleh Umat Islam agar Islam kembali menjadi agama yang terbilang.
1338. Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Riwayat Muslim )
 Jadi,apa tindakan kita?
 Andai Masijidil Aqsa itu runtuh,mampukah kelak kita menjawab persoalan Allah di akhirat kelak?

Fikir-fikirkan.

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.,yang buruk itu hasil kelemahan diri ini walaupun hakikatnya jua datang dari Allah S.W.T..
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum W.M.T.

kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna~

Tuesday, July 19, 2011
Assalamualaikum..moga dalam iman yg sejahtera,
selamat menyambut ramadhan almubarak kepada sahabat2 yg berada di seluruh pelosok dunia ni..
moga kita topup iman kita, delete dosa2 lampau....
have a nice ramadhan>:)))

bila batas pun tak diketahui

Monday, July 18, 2011
sekadar nak bercerita.
kawan aku kat sini 1 Malaysia.
melayu, india, cina semua ada.
baik laki, perempuan, memang aku kawan tak berkira.
latar belakang berbeza, aku hanya berpegang apa yang diajar sebelumnya.

semua stok nak post sajak, aku pun nak gak :P

batch aku hanya 10 orang.
aku ade senior yang juga 10 orang.
nak tak nak memang aku kena baik dengan diorang.
:D

macam aku cakap, laki perempuan, aku kawan je. so nak dijadikan cerita......

aku dah kira rapat gak lah dengan lelaki cina sorang nih. punya tahap rapat, die sampai sekali tu sapa aku dengan tepuk bahu aku. ape reaksi aku? jeng3.....

agak2 semua dah cool down, aku sit down dgn die, aku ckp lah "do u know that i cannot touch guys?as in, muslims cannot touch the opposite gender?"

setelah bercerita dengan panjang lebar dan sempoi-sempoi je, aku permudahkan yang die pun serba tak tahu sebenarnye. melihatkan senior aku pun ade gak sorang due yang xberapa nak kisah pasal batas-batas ni, diorang ingat benda ni takde hal pun. makanya, bile aku dah bagitahu benda ni kat die, baru lah die faham dan tahulah die ape batas die dengan aku. walaupun mungkin dia tak berapa nak paham sangat, at least dia dengan aku, dia tahu lah dia boleh pergi sampai mane je. tapi aku still kawan dengan die. as if nothing happened. hubungan takde berubah sangat sebab aku tak kasi benda "tepuk bahu" tu berlanjutan dan jadi makin parah sampai susah nak terus terang.

ape yang aku cuba sampaikan, bile sampai tahap sekarang ni, ape yang kita nak jadi sume bergantung pada kita sendiri. kita yang pilih hala tuju kita. takde sape nak halang, takde sape nak pandang slack. cume waktu ni baru kita tahu ape sebenarnya yang kita takut. kena marah dengan mak, atau takut kena pandang slack dengan orang-orang dakwah ni ataupun sebab takut Allah murka. fikir-fikirkan lah.

macam kes aku tadi, boleh je aku tak gitau die pasal benda ni, buatnya die ingat takde hal, next time ade event menari, die nak pegang tangan aku pulak. nauzubillah.....

so as they say, prevention is better than cure. daripada dilayan nafsu tu dan biar je sampai satu hari penyakit tu sangat tenat sampai tak boleh nak ubat, baiklah tahan sekarang. untuk manfaat sendiri gak. best memang tak best. benda bawak dosa memang bes doh aku cakap. tak betul? uih. sape kate tak best menari weyh. sape kate tak best rapat-rapat laki perempuan. nak tahan tu.... perit memanglah perit apatah lagi bila sekeliling tak membantu langsung. but when the time is over, you really missed nothing actually. malah kita akan teramat bersyukur bila waktu itu berakhir, dugaan itu kita dah harungi dengan jayanya.

aku bukan nak cerita konon aku baik ke ape tapi aku post ni untuk mengingatkan diri aku gak supaya insyaallah dugaan lain yang datang dapat aku hadapi dengan jayanya.
doakan kita semua kuat sehingga ke penghujungnya :)

p/s : teruskan mengepost dakwah ye...aku kat sini sangat dahagakan peringatan

bukan nak melucah ke apa :P

Thursday, July 14, 2011
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ya nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat pun selamat

p/s jangan marah k para muslimah d luar sna. yang lelaki jangn seronok2 ja mmbaca