Di mana silap kita?

Friday, July 29, 2011
Assalamualaikum W.M.T.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,ku titipkan peringatan buat diri serta rakan-rakan semua.
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,selawat & salam buat junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W.,keluarga baginda,para sahabat,tabiin seterusnya tabi' tabiin.

Cukup terkesan dengan khutbah Jumaat yang disampaikan Ustaz Norazli Musa di Masjid Asy-Syarif,Meru.


        Sebaik sahaja azan kedua dilaungkan,beliau begitu bersemangat memberi khutbah,lantang suaranya,besar jiwanya membicarakan isu Palestin.Beliau memulakan dengan membca sepotong ayat Surah Al-Isra' ayat 1 yang cukup kerap meniti di bibir para penceramah setiapkali sambutan Isra' & Mi'raj.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Hal yang membuatkan saya begitu tertarik dengan khutbah beliau ialah cara penyampain khutbah beliau yang begitu bersemangat dan menggegar Masjid Asy-Syarif tatkala beliau berbicara.Begitu lantang suaranya tanpa rasa gentar dan takut,tanpa rasa ragu dan resah membincangkan isu Palestin.

          Beliau menyentuh isu Jihad yang jarang sekali dibicarakan oleh para penceramah era ini.Beliau menyeru umat Islam kembali menghidupkan semangat jihad yang ditunjukkan generasi terdahulu sebagaimana yang diajar Rasulullah S.A.W.
  
          Beliau menceritakan bagaimana caranya Saidina Umar Al-Khattab membuka Palestin.Sejak itu,Khalifah Umar Al-Khattab mewasiatkan bahawa Palestin adalah tanah warisan Umat Islam.Cara Palestin dibuka bukan dengan perjanjian demi perjanjian yang menipu umat Islam,bukan degan kewujudan PBB,tetapi dengan titisan darah Syuhada' yang tidak lain tidak bukan hasil semangat Jihad yang begitu kuat mengakar dalam diri mereka.Begitu juga halnya tatkala tentera Salahuddin Al-Ayubi membuka semula Kota Palestin dari tentera-tentera salib.   
        Fokus khutbah beliau ialah semangat jihad yang perlu dinyalakan semula oleh Umat Islam agar Islam kembali menjadi agama yang terbilang.
1338. Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Riwayat Muslim )
 Jadi,apa tindakan kita?
 Andai Masijidil Aqsa itu runtuh,mampukah kelak kita menjawab persoalan Allah di akhirat kelak?

Fikir-fikirkan.

Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.,yang buruk itu hasil kelemahan diri ini walaupun hakikatnya jua datang dari Allah S.W.T..
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum W.M.T.

0 comments: