bas sekolah

Saturday, March 26, 2011
nampaknya ini post yang ketiga dalam blog ini dan yang pertama daripada admin yang berbeza.hohoho.

sekadar mahu berkongsi alkisah pada 23/3/2011. ya, memang ini tarikh kita semua ambil keputusan spm tapi bukanlah cerita berkenaan mengambil keputusan yang ingin saya kisahkan.

kita semua tahu bahawa tumpang menumpang kenderaan sangat lah biasa bagi ahli sepintar. hendak dijadikan cerita, pada waktu ibu saya memandu keluar daripada tanah sepintar, kami ternampak sekumpulan budak lelaki ex-sepintar sedang menunggu bas di stesen bas yang baru sahaja siap beberapa bulan yang lepas itu. selepas berkira-kira kami pun memilih untuk menawarkan mereka untuk menumpang MPV milik ibu saya itu.

walaupun pada mulanya para jejaka tersebut menolak, setelah pintu dibuka dan laila berganjak untuk duduk satu tempat duduk dengan jasmine, maka mereka pun masuk jualah. jadi beginilah keadaan di dalam kereta itu.


dua......jejaki yang sanggup mengalah :D


azmeer yang duduk di atas riba U *bila ditanya ok ke tak, azmeer jawab "empuk" :))

duduk di belakang ialah aman, acan dan aiman. oh, tidak lupa ilya yang diriba oleh........aiman atau acan :P

maka beginilah keadaannya sehingga KL SENTRAL. saya yang duduk di hadapan menarik tempat duduk ke tempat paling hadapan untuk memberi ruang kepada azmeer. jadi berbekalkan tempat yang serba sempit, penghawa dingin yang seakan-akan tidak dapat dirasa walaupun dipasang pada kipas paling kuat dan suhu paling dingin dan kereta yang mempunyai inertia yang sangat besar, kami akhirnya selamat sampai tempat yang dituju.

apabila tiba di KL Sentral, ibu saya meletakkan mereka di hadapan 3 orang polis yang kelihatan tercengang apabila 8 orang keluar daripada kereta seperti iklan MILO FUZE itu. :))

*ok,ok. orang yang akan post lepas ni tak payah lah baku-baku eh? aku saje je nak test :P

0 comments: