Sedikit tinta hambaNya yang hina

Saturday, June 18, 2011
Assalamualaikum W.M.T.
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian Alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W.,para nabi dan rasul seterusnya sahabat para sahabat & ahli keluarga mereka.

Ya Allah lapangkanlah dadaku,permudahkanlah urusanku,dan fahamkanlah mereka atas apa yang ingin kubicarakan....

Sahabat2ku yg amat kusayangi sekalian,
Sudah lama rasanya diri ini menyepi tanpa bicara,membawa hala tuju diri ke jalan yang jarang ditempuhi,namun bukan itu niatku membasahkan mata penaku kali ini,bukan rentetan hidupku yg ingin kubicarakan tapi suatu yang kurasakan penting bagi memperingati diri kita semua.

Tahniah kepada sahabat2ku waima yang putera mahupun yang puteri atas kejayaan kalian menempatkan diri di mana2 IPT sama ada IPTA mahupun IPTS,di dalam mahupun luar negara,dalam apa2 jua bidang yang kalian ceburi.Tahniah aku ucapkan.Namun dalam keseronokan dan kegembiraan yang melanda sukma,jangan dilupa itu semua kurniaan-Nya.Maka,ucapkanlah Alhamdulillah.Moga2 Allah menambahkan nikmat kepada kita dan tidaklah kita menjadi hamba yg kufur.Cukuplah di sini sebagai muqaddimah,mari menuju ke kandungan sebenar artikel ini.

"Tidaklah Aku(Allah) menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu" (Surah Adz-Dzariyat 51:56) 

Ibadah membawa maksud yg meluas dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.Ibadah bukanlah semata-mata pada solat,puasa,zakat,haji tetapi seluruh kehidupan manusia itu adalah ibadah.Betapa mudahnya Islam,betapa penyayangnya Allah kepada kita.Namun,persoalan yg menjelajahi serebrum otak kita ialah,bagaimana kehidupan kita itu menjadi suatu ibadah?InsyaAllah,persoalan inilah yg akan kukupas sebaik mungkin.

  Rasa cemburu pun ada, sedih pun ada, gembira lagilah tak terkata melihat sahabat2 berjaya menyambung pelajaran ke luar negara.Yg menyambung dalam negara, aku turut berasa cemburu melihat kalian menyambung dalam bidang Teknokrat seperti kejuruteraan dan medik.Namun,itulah rezeki Allah,maka bersyukurlah.

Apa yg ingin kubicarakan ialah kaitan antara kehidupan kita sekarang sebagai seorang mahasiswa mahasiswi dengan konsep beribadah kepada-Nya.Dalam kehidupan seharian kita,pelbagai perkara kita temui,pelbagai ragam kita saksikan,pelbagai dugaan kita disajikan.Hanya yg BENAR2 MENGAKUI kewujudan & kekuasaan Allah sahaja yg akan selamat,yg lain akan tenggelam dalam arus dunia.Persoalannya,adakah kita salah seorang antara yg terselamat ataupun yg kelemasan?Jawapan itu ada pd diri kita masing2.

Adakah kita fikir apabila kita menceburi bidang kejuruteraan dan medik,kita cukup hebat?Adakah kita fikir kita menceburi bidang agama mahupun apa2 bidang sekalipun,kita sudah cukup hebat?Adakah kita fikir kita cukup hebat melayakkan diri ke universiti2 di luar negara mahupun dalam negara?Hebatkah kita?Ya,kita memang hebat tp kehebatan itu dikurniakan oleh Allah Azza Wa Jalla, bukan atas usaha kita semata-mata.Lalu,fikirlah & renunglah.Sekiranya Allah telah memberi kita sesuatu,apakah balasan yg layaknya kita sebagai seorg hamba membalas kpd Sang Pencipta?

"Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad" (Hadis Rasulullah S.A.W.)
Kita telah melaksanakan suatu tuntutan Rasulullah dengan menyambung pelajaran kita ke peringkat yg lebih tinggi,tetapi utk apa kita belajar?Mari ambil masa beberapa detik utk memikirkan tentangnya....

Mardhotillah.Keredaan Allah.Itukah yg terlintas?Sekiranya YA menjd jwpnnya,BUKTIKAN. 


Adakah cukup sekadar kita melafazkan tanpa ada amal yg membenarkan?Pastinya tidak.Kalau benar kita menuntut ilmu kerana keredaanNya,pastinya:

  • Kita akan menutup aurat sebagaimana yg dituntut oleh Allah sebagaimana dalam firmannya dalam Surah An-Nur ayat 30-31 supaya melabuhkan tudung,tidak menampakkan perhiasan kecuali kepada mahram.Bukannya,apabila kita terjun ke dalam bidang bukan agama,kita terlepas dari tuntutan agama yg tidak lain datangnya daripada Allah.Jadi,betulkah kita belajar ni sebab nak mencari keredaan Allah kalau saat kita belajar pun,kita dah lupa hukum2 Allah?
  • Walau apapun bidang yang ceburi,matlamat kita untuk membangunkan ummah ini,untuk menegakkan kalimahNya.Tapi berapa ramai yang berfikir sedemikian?Adakah kita salah seorang?Sesungguhnya,org yg benar2 mencari keredaan Allah,sentiasa cuba memikirkan apakah yg boleh disumbangkannya kepada agama dalam kepakarannya tidak kiralah para doktor,jurutera,engineer,para motivator,semualah.
  • Sentiasa menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan permpuan,bukannya keluar sekolah,kita bebas melakukan sesuatu tanpa berlandaskan hukum2 Allah.Adakah keluarnya kita dari sekolah,masa utk kita memadu asmara,masa utk kita menikmati dunia.Maka,celakalah kita sekiranya begitu.Org yang belajar utk mencari keredaan Allah sentiasa menjaga batas2 hukumNya.Bukan sekadar solat sahaja sahabatku,bukan sekadar berpakaian sahaja sahabatku melainkan pakaiannya benar2 sepertimana yang diperintahkan Allah.
   Jadi,benarkah kita menuntut ilmu demi keredaanNya?Tanyalah diri sendiri & jawablah.

  Sesungguhnya kita semua sudah cukup lama ditarbiah di Bumi SEPINTAR.Ada yang 5 tahun,ada yang 2 tahun.Mana penghayatannya?Adakah hati kita begitu keras utk menerima apa-apa yang disampaikan sahabat2 kita yang tidak lain datangnya dari perintah Rasulullah S.A.W. dan juga Allah S.W.T.Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Lembaran CintaNya,
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A'raf 7:178-179)
Fikir-fikirlah,renung-renunglah.Adakah kita ini lebih hina dpd binatang ataupun sebaik-baik kejadian?Jawapannya ada pada diri kita.Kita yang menentukan jalan hidup kita.Pilihlah,bersenang di dunia dan bersusah di akhirat ataupun bersenang dunia dan bersusah di akhirat.Sesungguhnya,itu hukum alam yang telah ditetapkan Allah,maka buatlah pilihan.Pilihan di tangan sahabat2 sekalian.

"Sekiranya kamu tidak malu,buatlah apa-apa yang kamu mahu" (Hadis Rasulullah S.A.W.)
Sekiranya kita mampu menjadikan pendidikan kita sebagai satu wahana utk mendptkan keredaan Ilahi,apabila tamat pula belajar,kita sumbangkan pada kemajuan ummah dalam apa-apa sahaja bidang yg diceburi,InsyaAllah pendidikan kita adalah ibadah dan akan dibalas dengan syurganya.Maka belajarlah bersungguh-sungguh dan martabatkan kembali ummah ini.Nescaya,bukan sahaja ganjaran dunia,bahkan ganjaran akhirat juga menantimu.  


Go to fullsize image
"Telah Aku tinggalkan kepadamu 2 perkara,tidak akan tersesat bagi sesiapa yang berpegang kepadanya iaitu Al-Quran dan Sunnah." (Hadis Rasulullah S.A.W)
 
Wallahu A'lam.
 Yang baik itu datangnya dari Allah,yang buruk itu jua datangnya dari Allah tetapi kerana kelemahan dan kehinaan diri ini.Semoga sama2lah kita dapat mencari keredaanNya.InsyaAllah.Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum w.m.t. 

1 comments:

  1. Anonymous said...:

    Bagus pengisiannya..betul tu,tanpa islam kita x akan berjaya..yakinlah!
    Pasti dan pasti Allah akan menjaga kita jika menjaga hak2 Allah..teruskan bermujahadah!