Assalamualaikum W.M.T.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,ku mohon petunjuk agar diberi kebenaran.
Segala puji bagi Allah S.W.T.,tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia,NAbi Muhammad S.A.W.,keluarga baginda,para anbiya',para sahabat,tabi'in,seterusnya tabi' tabi'in.
m
Dalam masa beberapa hari lagi,kita Ramadan bakal tiba.Tiba-tiba saya ingin mengutarakan beberapa persoalan dan situasi yang kerap terjadi tatkala tibanya bulan yang mulia ini.Jom!
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.(Surah Al-Baqarah 2:183)
1.Ramainya Tetamu Allah!
Tidak dinafikan,rumah-rumah Allah di seluruh Malaysia pasti meriah tatkala berkunjungnya bulan Ramadan.Namun sayang seribu kali sayang,tetamu-tetamu ini makin berkurangan apabila bertambahnya hari di bulan Ramadan sedangkan Lailatul Qadar terdapat dalam 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.Takkan mereka lupa kot?
"Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan."(Surah Al-Qadr 97:3)
2.Nafsu kian mengganas?
Hakikatnya,Allah jadikan Ramadan sebagai latihan untuk umat Islam mengawal nafsu tetapi majoriti Umat Islam di Malaysia hari ini mengikut nafsu tatkala berbuka.
".makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.. (Surah Al-A’raaf 7:31)
3.Islam mengenai puasa je ke?
Majoriti Umat Islam Malaysia berpuasa tetapi berapa ramai pula yang masih mendedahkan aurat?Adakah Islam mengenai puasa semata-mata?Adakah kitab Al-Quran yang kita imani tidak mengandungi firman Allah:-
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."(Surah An-Nur 24:30-31)
4.Puasa meletihkan?
Tatkala Ramadan,ramai yang menjadikan puasa sebagai alasan untuk menjadi tidak produktif,kurang tumpuan dan fokus serta meletihkan sedangkan generasi terdahulu lebih bersemangat setiap kali menjelang bulan Ramadan.Buktinya,banyak perang yang berlaku di bulan Ramadan seperti Perang Badar.Diriwayatkan bahawa Salahuddin Al-Ayyubi berpuasa sunat setiap kali berperang dan pernah suatu ketika,beliau jatuh sakit dan dinasihatkan oleh pembesarnya untuk berbuka tetapi beliau enggan.Akhirnya,tentera Islam mencapai kemenagan.Jadi,betul ke puasa tu meletihkan?
5.Tatkala Ramadan berakhir
Walaupun masih banyak lagi tetapi cukuplah setakat ini.Ini fokus saya yang sebenarnya.Bulan Ramadan menjadikan ramai manusia yang berubah menjadi lebih mentaati Allah tetapi malangnya,berakhirnya Ramadan,berakhirlah segala bentuk ketaatan yang dilaksanakan tatakala bulan Ramadan.
Mengapa terjadi begini?
Kita ini sebenarnya hamba Allah ke hamba Ramadan?
Mengapa begitu banyak amalan kita tatkala Ramadan tetapi tidak dalam bulan-bulan yang lain?
Perbuatan sebegini seolah-olah kita mengimani bahawa Allah itu hanya wujud dalam bulan Ramadan tetapi tidak dalam bulan-bulan yang lain.
Ramadan menjadi bulan mentaati Allah tetapi bulan-bulan lain menjadi bulan kemaksiatan kepada Allah.
Salah ke saya cakap?
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.,yang buruk itu hasil kelemahan diri ini walaupun hakikatnya dari Allah S.W.T.
Semoga Ramadan yang menjelang menjadi bulan untuk kita mengoreksi diri ke arah yang lebih baik.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum W.M.T.