hehe. aku dah lepas :D

Wednesday, April 13, 2011
BILIK TEMUDUGA 1

seperti cerita-cerita lain yang kita dah dengar. cerita aku pun lebih kurang sebenarnya tapi ada lah benda penting daripada pengalaman aku yang aku nak kongsi sini.

panel aku terdiri daripada
  1. perempuan melayu
  2. lelaki melayu
  3. lelaki cina
rakan seperjuangan aku
  1. lelaki india nak amik applied maths (nama dia tak ingat dah)
  2. lelaki sikh nak amik law (dia suruh aku panggil dia "cash")
  3. perempuan melayu  nak amik engineering (fatin)
  4. perempuan melayu terakhir nak amik sains tulen (tekalah siapa :P)
  5. lelaki cina nak amik engineering (gok cek apa ntah :P)
terang-teranglah 1 Malaysia habis aku punya kawan kan :D

jadinya, mulalah sesi kami bila kami beratur masuk ke dalam bilik

Let us start with introducing yourself to us. Tell us about yourself, a little bit about your family, your co-curricular activity and academic at school.

jawapan aku takde lah gempak mana. tapi aku cuma nak kata, kat sinilah 1st impression diorang kat korang. buat statement yang akan menarik perhatian diorang kat korang. biar lain daripada orang lain.

kalau rasa sesuai nak bagi salam, elok bagi lah. nampak budi bahasa melayu sikit. kat dalam bilik tu tadi, aku sorang je kasi salam. *abaikan sesi perasan ni :P

dan, kalau boleh kaitkan dengan course korang. macam korang kata lah yang korang minat buat benda sekian-sekian dan sebab itulah korang nak ambik course tu, specific kat bahagian mana. sebab nanti diorang akan tanya gak korang nak specific kat apa. kalau korang buat camtu, senang lah diorang nak take note.

tapinya, kalau nak tarik perhatian diorang, korang kena bersedia dengan apa-apa soalan yang bakal diorang attack kat korang. make sure you have full knowledge of the course you are choosing.

contohnya aku waktu introduce tu aku ada cakap "i'm the eldest child of a pair of engineers couple"
pastu lepas habis sesi perkenalkan diri semua orang, dia tanye "sofina, mak bapak awak dua-dua engineer. apa yang awak tak suka sangat kat engineer ni sampai awak tak nak buat engineering."
AMBIK KAU!
pastu tanya lagi
"kenapa awak nak fizik"
"mak bapak kerja mana"
"awak kata awak ada masuk invention and innovation tadi. apa yang awak boleh invent nanti dengan course yang awak ambil"
bersedia lah kalau kena camtu ye

lepas aku kena tembak machine gun tu, keluarlah pulak soalan ni

The education system in Malaysia is already at the same level as other countries. So why do you want to go overseas?

jangan lah bagi sebab yang mengatakan Malaysia ni tak bagus. lepastu kalau lah kan topik camni, korang punya giliran untuk bercakap lambat pastu idea korang dah kena curi, cakap lah "i agree with what this guy said ..........." dan huraikanlah lagi. takde lah nampak korang takde idea sangat. dan kalau boleh jangan ulang apa yang dah dicakap tapi kalau takde idea sangat, pusing ayat kasi bes jelah :P

lepastu jangan meleret-leret. kalau korang tak tahu nak sambung apa lagi, berhenti je cakap. dan baca bahasa badan diorang. agak-agak kalau asyik mengangguk-angguk tu, maksudnya dia nak korang berhenti cakap lah tu. biar singkat dan padat.



last sekali kitorang ditanya pasal global warming. camne dengan course yang kita ambik tu boleh tolong selesaikan isu ni di Malaysia.


jawab soalan betul-betul. time ni kitorang diuji betul pasal pengetahuan kitorang dalam course yang nak diambik so buatlah research tau. kalau korang cuba nak cakap sesuatu yang bukan dalam pengetahuan korang tapi nak jugak buat macam korang tahu .................. dia tak nampak pandai lah.

habis je sesi, dalam cubaan nak menarik perhatian gak, aku tanyalah bila keputusan interview ni. dia kata 2 minggu lagi. kalau korang nak tiru apa aku wat ni, dipersilakan. hehe. tapi tolong sorang tanya kalau dah dapat nanti bila akan daftar masuk. boleh ek? terima kasih :)

lepastu, saat nak beredar, aku pun pergi lah dekat panel perempuan tu, salam dia. maka yang lain pun ikutlah. tapi aku rasa aku lupa nak senyum kat lagi dua tu. heheh. nanti korang senyum lah ek

*oh. lupa. kalau dia suruh cakap BM, cakap penuh BM. cuba jangan ada rojak langsung. sebab isu dengan non-bumi ni, diorang pelat-pelat cakap BM. mamat cina yang duduk sebelah aku tadi tak boleh cakap langsung. siap tanya "do you mind if i speak in english". jadinya, berbangga lah dengan bahasa kita. tak payah nak bajet pandai dengan mencampur adukkan BM dengan english. kalau sikit-sikit macam okay lagi kot. tapi kalau banyak sangat tu........... buruk lah kalau melayu sendiri buat macam tu.

*ada lagi satu cerita bes. bila aku tengah sembang-sembang dengan budak sikh dan perempuan tu waktu kat bilik menunggu, tercetuslah perbualan ni

cash : are you modern malay?
fatin : modern malay?!
cash : well.... you're not wearing tudung........ if i'm not mistaken, it's compulsory right.
fatin : i think it is compulsory

aku yang tak berapa nak tumpukan perhatian ni pun terpinga-pingalah. apa nak masuk intec ni wajib pakai tudung ke. pandang ke fatin, dia jawab

"i mean in islam"

aku tak tahu nak komen apa lah pasal ni kan. tapi.... "I THINK"??? ape kes tu.


oh well, ada je rupanya melayu yang tak nak cakap BM sesama melayu. tiba-tiba semangat patriotisme aku melonjak-lonjak :P



begitulah kisah aku untuk pengajaran orang-orang yang akan ditemuduga pada hari esok dan lusa. all the best :)


4 comments:

  1. KLU MCM TU LA GAYENYE KAN,,
    aku rase ko dpt la pina,
    insyaALLAH ,
    :) wish u luck

  1. Sophie said...:

    xboleh nk tau jugak. kadang aku cite mcm bgus je pdhl hampeh.haha
    anyway, thanks. insyaallah dibuka rezeki ke situ.
    kau pun same lah mine~

  1. . said...:

    prmpuan melayu terakhir? HAH

  1. Sophie said...:

    apahal org ats ni ha?ha?
    memenuhi ciri-ciri ape....bahahahahahaha =))