Assalamualaikum..
Maaf lambat utk berkongsi pengalaman diinterview di DQ..
21/4/2011(Hari Interview)
Aku tiba di pekarangan Dewan Utama DQ.."Alamak,dah lambat ni"...Aku tenangkan hati dan terus daftar di kaunter pendaftaran..Lepas itu,ustazah yang jaga kaunter suruh masuk selepas memberikan bilik panel kepadaku utk ujian hafazan..Bilik yang aku dapat bilik J..
"Fuh,ramai betul dalam dewan ni,nampaknya ramailah saingan aku"..hati kecilku mula tercetus perasaan bimbang..
Masuk dewan,ada abang dan kakak yang jaga,rasanya PERKEMAT DQ(Perwakilan Pelajarlah) ni..Dihulur sehelai kertas dan aku mencari tempat duduk..Tak sampai 5 minit duduk,kerusi pun tak panas lagi,tiba-tiba,"Calon-calon sekalian,masa telahpun tamat..Sila hantar jawapan anda mengikut bilik panel masing-masing"
Terkejut beruk aku,nasib baiklah semua soalan telah kuselesaikan..
Kuhantar dan pergi ke tandas sebentar..
Aku menaiki tangga ke tingkat atas mencari panel J..Tiba di hadapan bilik panel J,aku terkejut,takkanlah aku seorang lelaki bilik ni kot..Tak jauh dari tempatku berdiri,ada seorang budak lelaki,kuhampiri dan mula berborak..Sedang mula menunggu giliran dipanggil,datang lagi 2 jejaka..Rupa-rupanya ada lelaki lain yang diinterview di Panel J ni..Hmm,sampai awal pun tak bermakna..Namaku yang terakhir dipanggil..
"Calon kita yang terakhir untuk ditemudga hari ni,saudara Muzahfar Shah Bin Abdul Munir"
Aku masuk dan ustaz itu berkata,"Buka halaman 182,Surah Al-Anfal.Hafalkan.Sekarang 10.22 Pg..Lagi sejam,pastikan dah bersedia di luar.."Aku cuma menganggukkan kepala..
Aku keluar,mula menghafal,sedang kumenghafal,Abang Azam berdiri di hadapanku...Kumanfaatkan peluang itu sepenuhnya...Alhamdulillah,dalam setengah jam aku berjaya menghafal keseluruhan satu muka..Jelaslah,mengetahui makna memudahkan hafalan..Aku tasmi' dgn Abg Azam..Setelah lebih kurang 7 ke 10 kali tasmi',nama aku dipanggil masuk..
"Baiklah,mulakan."
Ringkas ayat yang keluar dari bibir ustaz tersebut tapi cukup menyentap jantungku..
Aku mulakan,Alhamdulillah tidaklah lancar tetapi dapat kuhabiskan semuanya..Tidaklah seperti interview Persijilan dulu,terus blur je.. Baru nak baca ayat terakhir,ustaz itu memotong dgn membacakan "Sadaqallahu Azim"
Soalan:Pernahkah menghafal sebelum ni?
Jawapan:Tak de..Surah-surah pilihan adalah.
Soalan : Ada kawan-kawan ke kat sini?
Jawapan : Ada..Azmeer,Fikri,Nukman,Wan Abdul Hakim..
Ustaz : Oh,ok2..
Soalan : Boleh ceritakan sedikt latar belakang Muzahfar?
Jawpan : Boleh.Nama saya Muzahfar Shah Bin Abdul Munir.Ayah saya......bekerja sbgi...Emak saya pula....
Soalan : Kat sekolah dulu terlibat dgan ape2?
Jawapan : ..........(Takut orang fikir aku poyo)
Soalan : Utk Makjlis Tilawah Al-Quran tak pernah sertai apa2?
Jawapan : Oh,ada..Saya masuk Syarahan Bahasa Arab..Ada apa2 lagi yang boleh saya bantu?
Soalan : Ada.Kenapa nak masuk DQ?(Dalam hati cakap,dah agak mesti ada soalan ini)
Jawapan : Bagi saya,pengajian agama itu bukanlah pengajian sampingan.Pengajian agama ialah satu keutamaan...Ini tidak,orang Melayu,asal pandai mesti medik dan kejuruteraan..Sekiranya begitulah pemikiran kita,macam mana Islam nak melahirkan tokoh-tokoh pemikir yang hebat seperti Yusuf Al-Qaradhawi,Ustaz Zahazan,Ustaz Zaharuddin,Dr.Zakir Naik?Bagi saya,Islam itu syumul,meliputi keseluruhan aspek..Jika semua cendekiawan berhijrah ke alam doktor dan kejuteraan,di mana cendekiawan bidang agama?Oleh itu,saya berharap dapat menjd seorang pensyarah di samping berdakwah bebas..Saya berminat menghafal Quran bukanlah semenjak saya kecil,ia timbul semasa saya tingkatan 3..Sejak itulah saya berazam saya nak menghafal Al-Quran sebelum saya mati..
Ustaz itu terus menyambung,"InsyaAllah..Berdoalah..Oklah,kalau ada rezeki,kita jumpa lagi"
Secara jujurnya,aku tak suka ayat terakhir itu sebab waktu temuduga persijilan dulu ayat yang sama terpacul dari mulut orang yang menemuduga aku..
29/04/2011
Kubuka laman sesawang Darul Quran..
"Aik,apasal tak de pape lagi ni?Kata ari ni keluar keputusan"
Jam menunjkkan pukul 12.30 tghari,ku bersiap-siap,makan,sembahyang Jumaat dan terus ke tempat kerja..
Balik dari kerja,ayah aku tanya,"Dah check ke Darul Quran?"
"Belum,tadi pagi buka tak de pape pun"..
"Along dapat"Selamba ayahku berkata namun aku masih tak percaya..Kucapai laptop dan bat semakan,"Betullah aku dapat"hati kecilk mula menjkerit kegembiraan..
InsyaAllah 14 Mei ini akan manjdai tarikh keramat untukku kerana itulah tarikh pendaftaranku..
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN,AKU PERGI DULU YE!
TERUSKAN USAHA KORANG,INSYAALLAH BERJAYA!
AKU BERSYUKUR DAPAT MELIHAT REALITI DI LUAR SEBELUM MASUK DQ!
SATU JE NASIHAT AKU,PANDAI-PANDAILAH BAWA DIRI BG SESAPE YG BELUM MELIHAT HAKIKAT DUNIA LUAR DAN JANGAN MUDAH TERIKT-IKUT!
SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN KEJAYAANKU!
SALAM SAYANG BUAT WARGA 0610 SEPINTAR,
MUZAHFAR SHAH BIN ABDUL MUNIR...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Total Pageviews
Popular Posts
-
assalamualaikum w.b.t. haha ni kot entry aku yang first untuk blog kite. but aku x tahu sangat korang2 ni dapat kat mane. but aku just list...
-
inilah lokasi warga sixten sekarang :) Darul Quran Ahmad Noor Fikri bin Zainol Amirul Azmeer bin Asmadi Nukman Farid bin Najib Muzahfar...
-
Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji-pujian hanyalah layak bagiNya...Tiada tuhan yang disembah mel...
-
jutaan penghargaan buat para pendidik kta yg telah bertungkus lumus dn berkorban tok m'capai kjayaan yg kte dpt skrg...well...spt yg k...
-
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar musim exam kan sekarang semua orang telah dihinggapi penyakit serius iaitu exam fever...
-
tak larat dah "mendengar suara-suara" yang suruh update. oleh itu, seperti yang dijanjikan, senarai yang bakal ditemuduga JPA dari...
-
assalamualaikum korangs :) . haha . tetibe tringat plak kat belog ni td .. so ,, dngan keazaman yang tnggi .. aq berusehe jgak nak po...
-
SEBELOM KORANG BACE ENTRY INI...SILA TUKAR LAGU KAT PLAYLIST JADI LAGU STANDING IN THE EYES OF THE WORLD.... Looking back all the years all...
-
nampaknya ini post yang ketiga dalam blog ini dan yang pertama daripada admin yang berbeza.hohoho. sekadar mahu berkongsi alkisah pada 23/3/...
-
Assalamualaikum.... PERINGATAN: (Pastikan anda berada dlm keadaan yg tenang sebelum membaca post ini,tarik nafas panjang2 dan hayati mese...
About Us
Powered by Blogger.
tahniah. semoga tidak leka dalam sinaran cahaya. :)