MAJLIS DOA SELAMAT BATCH 0610

Friday, May 6, 2011
"mencari perolehan keberkatan di dunia baru"

TARIKH : 14 Mei 2010 (Sabtu)
MASA    : 1.00 petang
TEMPAT : Surau Sekolah Agama Al-Furqon, Bandar Baru Selayang

sedikit informasi berkenaan tempat. memandangkan aku mengambil kira yang korang semua tahu mana stadium MPS (tmpt sukan kita dulu), aku bagi peta kat kawasan situ je. harap-harap dapat banyak menolong lah. jangan risau. sekolah tu jalan kaki je dari stadium tu

seterusnya.....soal bayaran

RM15.00 seorang.
kalau terasa nak bawak parents ke, kawan ke, adik beradik, tok nenek ke, kalikanlah bilangannya dengan harga tu eh.
bayaran boleh dibuat kepada kepala ahlong ; Hairul Nazri Samsuri
atau kepada konco-konconya ; Izzat Azrai, Syafiqah Mat Bashah, Ateekah Jahan

tapi kalau rasa susah nak jumpa diorang dan bayar secara manual, boleh lah masukkan kat akaun aku ye. gitau aku nanti. takpe....duit semua akan lalu aku gak.
btw, hanya dengan korang laksanakan bayaran tu baru korang konfemkan kedatangan korang. sila konfemkan kedatangan sebelum 10/5/2011.kalau lepas tu,aku tak masukkan korang dalam lis ye.


next......pakaian
untuk mengelakkan kritikan atau suara-suara yang kurang enak, terpaksa jugak tetapkan pakaian
lelaki : baju melayu 
yg macam korang buat pergi prep tu pun boleh. asalkan bukan t-shirt & jeans. nuek cadangkan pakai songkok,kopiah semua tu.sukati korang lah
perempuan : baju kurung
er......semua pakai tudung kan?hehe
takde tema-tema.warna dan fesyen bebas asalkan menutup aurat

ok....tentatif pula
1.00 ptg : kehadiran tetamu dan berkumpul di dewan solat dengan pakaian solat
1.15 ptg : solat zohor berjemaah
1.45 ptg : majlis doa selamat
2.00 ptg : ucapan dari mantan ketua umum dan pengetua
2.15 ptg : jamuan (konfem ni yg korg paling suke)
3.00 ptg : bersurai (tengok. dekat sejam korang boleh melantak.haha)

simple je :)

lepastu.......bila-bila masa korang rasa yang korang dah konfemkan korang nak masuk mane, matriks ke, upu ke, foundation ke, bawah tajaan ke, ape-ape jelah. tolong bagitahu Anisah. SEBELUM majlis ni tau. kitorang nak kena kumpul data kemasukan ke universiti untuk para kaunselor di sekolah kita yang sangat memerlukan. harapkan kerjasama semua ye :)

*harap ramai lah yang boleh datang awal sikit.tolong setting.pastu jangan balik awal sangat kalau boleh. tolong kemas-kemas.hee.tapi aku paham kalau korang tak nak

3 comments:

  1. . said...:

    ini yg pkai word tu ke? lamwaulam

  1. waffiyy said...:

    apahal baju ditetapkan.???
    hahahah

  1. mika_zak said...:

    kat skola lame ak kot....haha...time darjah satu....nnt korg dtg umah ak kompemkan...bincang skali...kan memudahkan cerite...senang kome nak dpt maklumat...maka dtg la ke rumah ak...hehehe....n_n